PENGGUNA jalan raya tidak berturap antara Chamek di Paloh dan Kangkar Baru di Yong Peng, Johor bakal menikmati pemanduan yang lebih lancar dan singkat tidak lama lagi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Yong Peng, Ling Tian Soon berkata, Johor memperuntukkan RM3.77 juta untuk menaik taraf jalan sepanjang 10.2 kilometer itu, termasuk kerja tar.