MENYIMPAN duit ataupun menabung merupakan amalan yang perlu dipupuk oleh setiap individu sejak kecil lagi.
Malah, dengan simpanan itu juga mampu membantu seseorang untuk menyemai rasa tanggungjawab menguruskan kewangan.
Kepentingan menabung juga boleh menjadi simpanan untuk membantu seseorang menghadapi perkara yang tidak dijangka dan bertindak sebagai jalan keluar terbaik ketika berlaku kecemasan.
Sebagai contoh, jika berlaku peningkatan kos sara hidup akibat inflasi dan ketidaktentuan ekonomi, menyimpan dalam institusi kewangan amat sesuai kerana boleh membantu mengurangkan tekanan untuk mencari dana tambahan.
Seharusnya MBSB Bank menjadi pilihan pertama untuk menyimpan dalam institusi kewangan lebih-lebih lagi apabila ia memberi pelbagai ganjaran hanya dengan menabung.
MBSB Bank menawarkan kadar keuntungan yang baik untuk akaun CASA-i di mana pengguna boleh memanfaatkan tawaran kempen menarik bagi memaksimumkan pulangan.
Kempen ‘Simpan Berganda Menang Bergaya 2.0’ MBSB Bank Berhad menawarkan ganjaran menarik apabila anda membuka Akaun Semasa atau Simpanan-i PrimeWin (CASA-i) dan membuat deposit.
Hanya dengan berjimat, anda berpeluang memenangi hadiah wang tunai dan ganjaran bernilai RM2.4 juta!
Hanya simpan RM100 untuk memenangi ganjaran bulanan.
Lebih menarik, MBSB Bank menawarkan pengalaman perbankan Islam terbaik di Malaysia dengan kewangan patuh syariah serta produk dan perkhidmatan perbankan.
Kempen itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia termasuk pemastautin tetap dan bukan pemastautin.
Pelanggan MBSB Bank baharu dan sedia ada yang berumur 18 tahun dan ke atas layak, manakala pemegang akaun bersama (individu) di bawah umur 18 tahun tertakluk kepada akaun yang dikendalikan oleh pemegang amanah (ibu bapa atau penjaga yang sah).
Apa yang anda perlu lakukan ialah membuka akaun baharu atau jika anda pelanggan sedia ada, boleh mendepositkan RM100 ke dalam Akaun Simpanan-i PrimeWin manakala RM1,000 untuk pemegang Akaun Semasa-i PrimeWin.
Dapatkan peluang untuk memenangi hadiah bulanan seperti cabutan iPhone 13, Loyalty dan New Saver serta berpeluang memenangi wang tunai RM500 selain cabutan digital hadiah e-dompet sebanyak RM500.
Hadiah-hadiah kereta mewah dan banyak lagi menanti anda
Anda boleh merebut peluang untuk menangi hadiah suku tahunan di bawah Cabutan Serantau High Savers, Special dan Grand melibaatkan tiga fasa:
- Suku pertama dari 1 September 2022 – 30 November 2022
- Suku kedua dari 1 Disember 2022 – 28 Februari 2023
- Suku ketiga 1 Mac 2023 – 31 Mei 2023
Mereka yang layak di bawah kategori Penyimpan Tinggi Serantau akan berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM3,000 dengan hanya mencapai peningkatan bersih minimum RM100,000.
Sementara itu, bagi yang layak untuk cabutan istimewa perlu mencapai baki purata bulanan minimum RM5,000 selama tiga bulan di bawah empat kategori berbeza iaitu; anak muda 18 tahun ke bawah; kemasukan baru (19 hingga 35 tahun); wanita (25 hingga 55 tahun) dan senior (55 dan ke atas).
Bagi pemenang utama pula, Xbox 360, Skuter Nmax, perjalanan ke Eropah atau umrah dan Mercedes pula menanti anda.
Apa ditunggu lagi, hanya kekalkan baki purata bulanan minimum RM10,000 selama tiga bulan dalam tempoh suku tahunan.
Untuk maklumat lanjut, lawati laman web MBSB Bank kempen CASA-i “Simpan Berganda Menang Bergaya 2.0” di https://www.mbsbbank.com/bm/promotions/sbmb-2-casa-i-campaign . — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram