Bukan Nafuzi jadi pilhan tapi bekas pemain import pengganti Aidil?


  • Podium
  • Isnin, 17 Okt 2022

Kejayaan Nafuzi membawa skuad penyu ke pentas final Piala FA dan meraih slot ke Piala AFC membuatkan peminat mahu dia kekal. — Facebook/ Terengganu FC

PENGUMUMAN penamatan kontrak ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aidil Sharin Sahak bukan sahaja menjadi topik bualan peminat Sang Kenari, malah turut meresahkan penyokong Terengganu FC.

Mana tidaknya, pengendali kesayangan mereka, Nafuzi Zain yang berjaya membawa skuad Penyu ke pentas final Piala FA dan meraih kelayakan slot Piala AFC itu heboh dikatakan berada di dalam radar pasukan negeri jelapang padi tersebut.

Kedah juga mengucapkan selamat tinggal kepada Aidil di saat penyokong Terengganu FC sedang mengharapkan Nafuzi kekal bersama skuad tersebut terutama menjelang kempen Piala Malaysia 2022.

Kejayaan pengendali kelahiran Kelantan tersebut melonjakkan anak-anak buahnya dari tangga ketujuh Liga Super pada Jun lalu sehingga ke tangga kedua liga pada pengakhir lagi musim ini sudah cukup untuk membuktikan dia perlu kekal.

Aidil Sharin dedah masalah kesihatan dan keluarga menjadi faktor beliau undur diri selaku ketua jurulatih Kedah FC.Facebook/ Kedah FC

Namun, nasib pengemudi berusia 44 tahun tersebut hanya akan diketahui pada 25 Oktober 2022 seperti yang dimaklumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) merangkap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Nafuzi juga pernah mengakui musim ini merupakan musim akhirnya berkhidmat untuk Terengganu menerusi satu temu bual bersama wartawan Astro Arena dan beliau bakal mencari pengalaman baharu bersama pasukan lain musim hadapan.

Peminat Terengganu, Hisyam Dinzky menerusi laman media Terengganu FC menyuarakan kekecewaannya dengan kelewatan tindakan pihak pengurusan Terengganu FC untuk mengikat ketua jurulatih mereka itu.

"Dah banyak orang senaraikan kenapa Nafuzi perlu stay, tapi masih lagi mahu tunggu mesyuarat dan 25 Oktober nanti untuk bagi keputusan," katanya.

Pengurusan Nafuzi

Pengurusan TFC masih belum beri kata putus mengenai status kontrak Nafuzi. Facebook/ Terengganu FC

Kegusarannya itu dikongsi seorang lagi penyokong skuad penyu, Leong Tim: Kedah tiba-tiba tamatkan kontrak Aidil masa kita masih lagi sambut kejayaan Nafuzi. Jangan-jangan nak umum tak lama lagi," ujarnya.

Bagaimanapun, di kem penyokong Kedah, berita penamatan kontrak pengendali Singapura itu diterima baik malah mereka tidak sabar untuk menerima ketua jurulatih baharu.

Namun, jurulatih yang diimpikan bukanlah Nafuzi, tetapi bekas jurulatih Thailand yang juga bekas pemain import Perlis, Kiatisuk Senamuang dan kini berkhidmat sebagai ketua jurulatih kelab Vietnam, Hoàng Anh Gia Lai.

Penyokong Kedah, Rostam Md Sabir berkata, "Welcome Kiatisuk Senamuang, tahun depan boleh datang. Owner (pemilik) Kedah ada bajet lebih."

"Kami nak Kiatisuk masuk Kedah tahun depan. Baru mantap pasukan Kedah nanti," kata Mohd Shfk Nadzri.

Tinjuan Majoriti pada laman transfermarket mendapati kontrak jurulatih yang dikenali dengan panggilan ‘Zico’ dengan kelab Hoang Anh Gia Lai FC akan tamat pada hujung tahun ini.

Reputasi cemerlang Kiatisuk membuatkannya sentiasa dia sentiasa berada di dalam radar pasukan di Malaysia. —Agensi

Sebelum ini, Kiatisuk pernah dilaporkan menjadi salah seorang calon ketua jurulatih Harimau Malaya selepas Tan Cheng Hoe meletak jawatan.

Pengendali berusia 49 tahun tersebut itu mula menjadi ketua jurulatih kebangsaan Thailand selepas berjaya membawa skuad Thailand U23 muncul ke peringkat separuh akhir Sukan Asia 2014 di Korea Selatan sebelum tewas 0-1 ditangan Iraq.

Kiatisuk membimbing skuad kebangsaan Thailand sehingga tahun 2017 dan sepanjang tempoh 3 tahun itu, dia berjaya menjuarai kejohanan AFF Suzuki Cup 2014 dan 2016, selain membawa Thailand ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Asia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram