22 Oktober jadi medan kebangkitan anak jati Pulau Pinang


  • Podium
  • Khamis, 13 Okt 2022

Thani menegaskan bahawa dia sudah melakukan persiapan rapi untuk beraksi di hadapan penonton tanah air 22 Oktober ini.

SELEPAS mencatatkan tiga kekalahan berturut-turut, atlet seni mempertahankan diri ONE Championship, Agilan Thani berharap rekod itu akan lebur ketika berdepan atlet Jerman, Ilja Stojanov pada 22 Oktober ini di gelanggang Axiata Arena, Kuala Lumpur.

Atlet kelahiran Pulau Pinang itu berkata, dia sudah melakukan persiapan sejak beberapa bulan lau, sekali gus membuktikan bahawa dia sudah bersedia.

"Seperti biasa, selalu saya buat latihan sebelum perlawanan kira-kira enam ke lapan minggu, sekarang sudah berakhir (sesi latihan). Jadi, minggu depan, saya fokus untuk turunkan berat badan dan fokus untuk perlawanan," katanya kepada Majoriti.

Keadaan fizikalnya yang ketika ini berada di tahap terbaik selepas menjalani sesi latihan pastinya menjadi tonik tambahan untuk membanggakan penonton tanah air dalam perlawanan itu nanti.

Tambahnya, dia tidak meletakkan apa-apa sasaran tertentu, tetapi hanya mahu memberikan yang terbaik dalam perlawanan ke-18 sepanjang kariernya itu.

Sebelum ini, Thani tewas di tangan atlet Korea Selatan, Tae Ho-jin April lalu yang pastinya tidak mahu perkara itu berulang ketika berdepan Stojanov.

Selain itu, rekod tanpa kalah atlet Jerman itu dalam kariernya tidak dipandang rendah apabila dia sudah melakukan pelbagai persiapan di dalam dan luar gelanggang latihan.

Former ONE Welterweight World Title challenger Tyler McGuire of the United States overcame a spirited effort from Malaysian star Agilan

Sepanjang kariernya, Agilan pernah berdepan atlet ternama termasuk atlet Amerika Syarikat, Tyler Maguire.

"Kali ini, cabaran yang hebat, lawan saya tidak pernah kalah lagi. Jadi, saya sebagai veteran dalam bidang ini walaupun dia lebih tua daripada saya.

"Tetapi, kita perlu ingat bahawa dalam bidang seni mempertahankan diri, umur 29 hingga ke 32 tahun adalah puncak karier dan saya pula belum cecah kategori umur itu," katanya.

Di samping itu, Thani turut yakin untuk pertembungannya bersama Stojanov apabila sudah menceburi dalam sukan tersebut kira-kira 10 tahun dengan pelbagai lawan pernah dia hadapi.

"Saya lebih fokus untuk memastikan tiada kecederaan fizikal yang dialami dan mengekalkan keadaan luaran dan mental saya pada tahap 100 peratus," katanya.

Sepanjang karier profesional Thani, dia berjaya mencatatkan satu rekod cemerlang apabila meraih sebanyak 10 kemenangan dan hanya ditewaskan sebanyak tujuh kali dalam sukan tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram