5 selebriti Hollywood ini bermula sebagai penggusti WWE!


  • Hiburan
  • Isnin, 06 Dis 2021

SELAIN The Rock dan John Cena, masih ada penggusti lain yang pernah berlakon dalam filem Hollywood.
MEMANG tipulah kalau ada yang kata mereka tidak pernah menonton atau terlihat sebarang perlawanan gusti World Wrestling Entertainment (WWE) atau dahulunya dikenali sebagai World Wrestling Federation (WWF).

Malah, WWE juga pernah mencetuskan fenomena di dalam negara sehingga ramai penggusti hadir melakukan sesi bertemu peminat di sini.

Memang betul, ramai yang kata penggusti ini hanya berlakon di gelanggang. Namun, disebabkan lakonan itulah peluang mereka untuk bergelar pelakon Hollywood terhidang.

Sebenarnya, selain Dwayne Johnson atau juga dikenali sebagai The Rock serta John Cena, ada beberapa lagi penggusti dari zaman WWF yang telah bergelar pelakon.

Berikut adalah lima penggusti WWE yang akhirnya bergelar perlakon terkenal dunia.


DrAod0dUUAAywEB

HULK HOGAN


Nama Hulk Hogan cukup sinonim dengan rakyat tempatan. Malah, siapa yang menyimpan misai dan janggut sepertinya, pasti akan digelar dengan nama penggusti itu.

Namun, Hulk Hogan atau nama sebenarnya Terry Gene Bollea ini tidak hanya handal di gelanggang gusti, tetapi juga dalam dunia perfileman.

Antara filem yang pernah dilakonkannya termasuklah bersama Sylvester Stallone menerusi filem Rocky 3, Mr Nanny dan Thunder In Paradise.
kevin nashhh

KEVIN NASH


Hanya yang tegar dengan dunia gusti WWE akan kenal Kevin Nash atau dikenali juga dengan nama Diesel.

Pernah bergelar juara bagi program gusti World Championship Wrestling (WCW) dan WWE, Diesel juga pernah bergelar bintang filem Hollywood.

Kevin Nash pernah berlakon bersama dengan Keanu Reeves menerusi filem John Wick yang ditayangkan pada 2014.
goldberg

GOLDBERG


Goldberg, nama yang pernah menjadi fenomena di dalam WWE. Malah, perlawanannya bersama musuh ketatnya, Brock Lesnar sentiasa dinantikan peminat.

Pernah berlakon dalam beberapa buah filem dan satu daripadanya ialah menerusi filem adiwira, The Flash yang ditayangkan pada 2018.

Di dalam filem tersebut, Goldberg berlakon sebagai Big Sir.
rondaa

RONDA ROUSEY


Ronda Rousey sebenarnya mula dikenali ketika dia bersaing dalam Ultimate Fighting Championship (UFC) sebelum menyambung kerjayanya di WWE.

Rousey sebelum ini pernah membintangi beberapa filem pecah panggung antaranya The Expandables 3 (2014), Furious 7 (2015) dan filem Mile 22 (2018).

Namun, dia mula menyepikan diri daripada dunia seni dan gusti selepas dikurniakan anak.
wwe-1

DAVE BAUTISTA


Dengar macam sama kan? tetapi sebenarnya kita lebih mengenali penggusti ini dengan nama Batista di WWE.

Ya, Batista juga pernah membintangi filem dan satu daripadanya adalah filem yang ditunggu ramai iaitu The Guardian Of Galaxy.

Cuma di dalam filem itu, dia membawakan watak Dave Bautista dan terpaksa mengenakan solekan di seluruh anggota tubuhnya termasuk muka.

Selain siri filem Marvel Cinematic Universe, Batista juga pernah membintangi filem James Bond iaitu Spectre (2015), Blade Runner 2049 (2017) dan Dune yang baru sahaja ditayangkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Hiburan, Hollywood, WWE, WWF, Gusti, Filem