DISEBABKAN berasa tidak puas hati kerana dimarahi, seorang pelajar sekolah menengah bertindak seperti ahli gusti dengan membelasah gurunya di dalam sebuah kelas.
Kejadian yang berlaku di sebuah sekolah di Texas, Amerika Syarikat itu dirakam oleh seorang pelajar yang turut berada di lokasi sama.
Difahamkan pergaduhan tersebut disebabkan salah faham antara kedua-dua mereka melibatkan telefon bimbit.
Dalam rakaman video yang dikongsi di media sosial menunjukkan pelajar terbabit berang selepas gurunya tidak membenarkan dia menggunakan telefon bimbit.
Perkara itu menyebabkan berlakunya tolak-menolak antara mereka sebelum pelajar berkenaan memukul kepala dan muka guru malang itu.
Rakaman pelajar dan guru bergaduh di dalam kelas di Amerika Syarikat.
Pelajar itu juga menarik rambut dan memukul kepala guru wanita berkulit hitam itu beberapa kali sehingga mengakibatkan dia jatuh ke lantai.
Kelihatan juga beberapa pelajar lain terkejut melihat perkara tersebut, namun tiada seorang pun berusaha untuk meleraikan mereka.
Selepas insiden itu, difahamkan guru tersebut dimasukkan ke sebuah hospital dan menerima rawatan akibat kecederaan di kepala dan muka. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram