Dua wanita 'gusti' tengah jalan, penonton seronok dapat tengok pertunjukan percuma


  • Benua
  • Sabtu, 01 Okt 2022

Dua wanita bergaduh buat 'live show' tengah jalan.

GOLONGAN wanita sering dilihat sebagai insan yang lemah dan sinonim dengan perwatakan sopan santun.

Bagaimanapun keadaan sebaliknya berlaku apabila dua wanita bergusti di tengah jalan.

Menerusi video yang tular di Twitter, dua wanita berseluar pendek dan mengenakan tube top berwarna putih saling menumbuk muka antara satu sama lain.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Amerika Syarikat itu turut menunjukkan beberapa orang awam kelihatan asyik menonton dan hanya mentertawakan mereka.

Rakaman video menunjukkan dua orang wanita bergaduh di tengah jalan.

Salah seorang daripada wanita itu yang memakai seluar pendek merah kelihatan menarik rambut dan menumbuk manakala seorang lagi cuba untuk membalas.

Dalam pada itu wanita yang memakai seluar hitam pula cuba menendang, namun lawannya kelihatan lebih kuat daripada padanya.

Punca pergaduhan tersebut berlaku bagaimanapun tidak dapat diketahui. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram