PELAKON terkenal, Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock di gelanggang gusti WWE bakal membuat penampilan menerusi single terbaharu penyanyi rap, Tech N9ne berjudul Face Off.
Projek ini bermula dalam satu pertemuan apabila Tech N9ne menawarkan Johnson untuk berkolaborasi menerusi lagu barunya yang kini dalam proses rakaman.
"Saya sangat sukakan muzik. Setiap lakonan dalam filem, saya akan gunakan beberapa elemen muzikal, dan saya sangat suka untuk lakukannya.
"Sebenarnya ada beberapa penyanyi rap terkenal iaitu kawan-kawan saya yang tawarkan peluang yang sama, tapi sayatidak rasa untuk lakukannya.
"Tapi bila Tech hubungi saya, saya tahu saya akan lakukannya. Kami ada keserasian dari segi etika kerja dan keinginan. Ketika kali pertama bertemu di set Ballers setahun yang lalu, kami bercakap mengenai idea ini iaitu bekerja keras dala bilik.
"Saya sangat menghargai apa yang dia katakan ketika itu 'Tidak mungkin akan ada makanan yang cukup di ruangan ini atau di set ini yang dapat membuat saya kenyang kerana saya selalu lapar' dan saya sangat suka dengan apa yang dikatakan itu," katanya.
Sementara itu, Tech berkata, dia tidak menyangka Dwayne menerima tawarannya dan sangat teruja dengan projek tersebut.
"Bintang besar dunia berkata sesuatu kepada saya! Saya sangat teruja dan kita semua teruja.
"Ini lagu yang sangat bertenaga dan akan membuat pendengarnya lebih bersemangat. Siapa yang akan terlibat... bukan Conor McGregor kerana saya tidak mengenalinya, tapi The Rock," katanya. — Agensi