SEORANG remaja lelaki yang menjadi mangsa buli dikatakan enggan membuat sebarang laporan kepada pihak polis dan keluarganya kerana terlampau takut pada ugutan si pembuli.
Menurut Alam Umar yang merupakan salah sorang daripada pelajar sekolah agama di daerah Aceh Besar, Indonesia, dia enggan mengambil sebarang tindakan ke atas rakannya.
Sebaliknya, mangsa buli itu memilih untuk berdiam diri dan menanggung segala kesakitan.
Alam turut mendakwa pembuli tersebut menendangnya sebanyak empat kali di belakang badan dan dua kali di muka.
Pada masa sama, mangsa diugut dicederakan sekiranya kejadian buli itu terbongkar.
Alam mengalami kecederaan serius di bawah mata dan badan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib malang menimpa pelajar itu.
Menurut seorang warganet, Irosee.real, dia berasa sangat kasihan melihatkan keadaan mangsa.
"Niat ke sekolah untuk belajar tapi kena buli pula, dah macam masuk gelanggang gusti," katanya.
"Kes seperti ini membuatkan saya rasa takut untuk masuk ke sekolah asrama, sedih tengok muka dia lebam dipukul," tulis Artikafitri.
"Ibu bapa bayar yuran mahal untuk hantar anak ke sekolah, tetapi dipukul pula oleh pelajar lain, itu sekolah ataupun penjara," kata Dindasitepuuu.
Difahamkan, pihak sekolah akan memanggil kedua ibu bapa mangsa dan si pembuli untuk bersemuka dan berbincang secara baik. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram