TIDAK dinafikan, kudrat pemain muda, Arif Aiman bukan sahaja ditagih Johor Darul Takzim (JDT) tetapi juga Harimau Malaya.
Keyakinan, ketajaman menjaringkan gol, kemahiran dan usia yang masih muda menjadikan pemain itu prospek masa depan untuk skuad negara.
Terbaharu, seorang scout dari Belanda merasakan liga tempatan bukan lagi tempat Aiman Arif untuk kerjaya bola sepaknya.
Arif Aiman (kiri) beraksi cemerlang untuk JDT. — Facebook
Malah, scout dari SCISsport iaitu sebuah syarikat yang menyediakan scouting analysis itu mencadangkan Arif Aiman berkelana ke liga utama Belanda, Belgium atau di divisyen 2 liga Jerman.
Malah, sumber yang dipetik dari ekorharimaumalaya.my itu berkata, pemain muda ini seorang yang sangat istimewa dan sudah bersedia untuk bermain di Eropah.
Dia juga mendedahkan Arif Aiman mempunyai kualiti yang sangat baik dalam dribbling, crossing dan positioning.
Selain itu, scout itu mencadangkan tiga kelab yang patut disertai Arif Aiman iaitu Vitesse (Belanda), Union Saint Gilloise (Belgium) dan Fortuna Dusseldorf (German).
JDT nampak belum bersedia untuk melepaskan Arif Aiman. — Facebook
Apa pun, keputusan terletak pada Arif Aiman sama ada mahu berhijrah atau pun tidak kerana ada beberapa perkara yang perlu diteliti sebelum keluar beraksi di luar.
Arif Aiman perlu memastikan minit perlawanannya terjaga untuk bersama pasukan baharu ditambah lagi dengan saingan sengit untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama.
Selain itu, Arif Aiman juga perlu membuat persiapan mental yang cukup kuat apatah lagi harapan tinggi akan diletakkan kepadanya oleh penyokong bola sepak tempatan jika beraksi di luar negara. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram