SEORANG pemandu kereta Proton Saga dipercayai memandu dalam keadaan mabuk sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain telah mengundang kecaman ramai.
Kejadian dipercayai berlaku di sekitar Taman Maluri, Kuala Lumpur pada awal pagi Selasa.
Kejadian tersebut berjaya dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kereta yang berada di lokasi kejadian.
Insiden tersebut berlaku disebabkan tindakan suspek memandu di lorong bertentangan dan hampir melanggar kereta jenis Proton Perdana di lorong berkenaan.
Suspek yang memakai baju berwarna merah kemudiannya bertindak keluar dari kenderaan kerana tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu kereta Proton Perdana yang cuba memotongnya.
Rakaman video berdurasi satu minit 20 saat itu mengundang kecaman orang ramai yang menyifatkan tindakan pemandu itu membahayakan pengguna jalan raya lain.
Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen kelihatan rata-rata orang ramai berang dengan tindakan pemandu tersebut.
"Rasa macam dia mabuk kalau tengok dari gaya memandu, harap pihak berkuasa ambil tindakan supaya orang lain tidak menjadi mangsa," jelas Syed Hazique.
"Dia yang masuk laluan bertentangan lepas itu nak marah orang. Apa jenis punya manusia ini," jelas Turmadzi Shamsul.
"Kau yang salah lepas itu nak cari gaduh dengan orang, dahlah tak minta maaf pun," Siti Fatimah.
Belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung insiden itu setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram