GURU merupakan insan ataupun tenaga pengajar yang banyak menyumbang serta mencurahkan ilmu kepada pelajar ketika di bangku sekolah.
Namun, kebelakangan ini kita sering dikhabarkan dengan berita jenayah ataupun masalah disiplin yang melibatkan kerjaya guru.
Ia boleh digambarkan menerusi kejadian yang berlaku apabila seorang guru didakwa minum arak ketika sedang mengajar pelajarnya di sebuah sekolah di Hathras, Uttar Pradesh, India.
Kejadian itu yang dikongsikan di laman Twitter, memaparkan tindakan guru tersebut yang kelihatan cemas sebaik tertangkap oleh petugas.
Shailendra Singh Gautam didakwa cuba menyembunyikan tin minuman keras tersebut ketika dirakamkan oleh petugas semasa kejadian.
Cemas dengan situasi tersebut, guru terbabit kemudiannya meminta agar rakaman itu dihentikan dan tidak disebarkan.
Enggan menurut permintaan si pesalah, petugas terbabit kemudiannya meneruskan rakaman dan mengugutnya untuk melaporkan perkara itu ke pihak atasan.
Menerima laporan tersebut, Majistret daerah, Ramesh Ranjan mengarahkan pihak kolej menjatuhkan hukuman dan tindakan keras kepada guru tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, warganet turut mengecam perbuatan guru terbabit.
“Pihak polis tolong ambil tindakan segera kepada pesalah yang mengambil kesempatan terhadap golongan pelajar sekolah seperti ini, ia melibatkan masa depan pelajar,” kata Amit15347099.
“Sangat memalukan, ia terjadi ketika sesi pembelajaran di dalam kelas, saya seperti tidak percaya, si pemabuk itu mesti diberhentikan segera,” jelas Biswajit Debnath.
“India perlu menjalankan undang-undang dan polisi yang lebih ketat, tiada belas kasihan terhadap golongan lelaki ataupun perempuan, barulah keadaan akan bertambah baik,” tambah Shashank saxena.
Susulan itu, Shailendra telah digantung daripada tugas sebagai guru di sekolah berkenaan oleh pihak pengurusan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram