'Siapa pakai jersi Plazibat? Check out 3 pemain baharu pilihan Teong Kim


  • Podium
  • Rabu, 12 Okt 2022

Sebahagian pemain Perak FC menjalani latihan sulung bersama Teong Kim baru-baru ini. — Facebook

KEHADIRAN jurulatih berpengalaman, Lim Teong Kim ke Perak dikatakan bakal membawa lebih banyak kegembiraan buat penyokong apabila timbul khabar angin mengatakan rombakan pemain bakal dibuat dengan membawa masuk ramai pemain bintang.

Pasukan yang berada di tangga kesembilan Liga Premier itu mendapat perhatian kerana disebut-sebut akan membawa kejutan dalam saingan Liga Super musim depan.

Selain rumour dua tonggak Johor Darul Takzim (JDT) dan beberapa pemain Melaka United dikhabarkan ke Perak FC musim depan, kelibat muka-muka baharu yang dibawa masuk Teong Kim ketika sesi latihan juga mencuri perhatian.

311115309_830873088045494_4161087478980332244_n

Teong Kim berasakan masih banyak peluang untuk memperbaiki kelemahan pemain Perak FC. — Facebook

Perkongsian gambar-gambar ketika sesi latihan itu dimuat naik Mrr Ayei di laman Facebook penyokong Perak 4 Ever pada Selasa.

Antara foto yang menarik perhatian ialah seorang pemain yang memakai jersi Stipe Plazibat, import Perak dari Croatia yang dibawa masuk ke The Bos Gaurus pada musim ini.

309589735_830873194712150_1672181695780218592_n

Oscar Wong Tse Yang antara yang menyertai latihan bersama Teong Kim. — Facebook

"Kelihatan beberapa pemain baharu pada sesi latihan terbaru bersama coach LTK (Teong Kim). Tidak dikenal pasti identiti pemain yang memakai jersi Plazibat.

"Pemain yang memakai jersi hitam adalah Suwarnaraj bekas pemain Piala Belia dan Piala Presiden Perak yang mana dia bermain untuk Harini FT pada musim lepas dalam saingan Liga M3.

"Turut serta adalah penjaga gol Oscar Wong Tse Yang, anak kepada legend Perak dan penjaga gol skuad Olimpik 1972, Wong Kam Fook. Dia pernah beraksi bersama Melaka United, Selangor II dan Harini FT," katanya.

48cd4d75-5b2c-479a-9e31-3bfb210de73c

Pemain ini mencuri perhatian kerana mengenakan jersi Plazibat. — Facebook

Sementara itu, Mrr Ayei dalam perkongsian berbeza memuat naik gerangan pemain yang dikatakan memakai jerzi Plazibat.

"Muncul dalam video latihan Perak FC menjadi tanda tanya siapakah gerangan yang memakai jersi Plazibat pada sesi latihan Perak FC.

"Jadi inilah dia Takuta Yasuoka. Berusia 26 tahun pada ketika ini mampukah Takuto Yasuoka membuka mata Teong Kim bagi memperkukuhkan pasukan Perak untuk musim depan.

"Sama-samalah kita saksikan aksinya pada perlawanan persahabatan jika dia diturunkan oleh Teong Kim," katanya.

Perlawanan persahabatan antara Perak FC dan PIB FC itu akan bersiaran di Astro Arena pada 8 malam, Rabu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram