Klopp akui Liverpool bukan pencabar EPL musim ini


  • Podium
  • Isnin, 10 Okt 2022

Pengurus Liverpool itu tidak mahu meletakkan cita-cita yang tinggi buat penyokong ketika ini. — Agensi

KEKALAHAN Liverpool di tangan Arsenal dengan skor 2-3 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) menyaksikan pasukan itu kekal di tangga ke-10, 14 mata daripada puncak liga.

Pengurus The Reds, Jurgen Klopp mengakui peluang untuk pasukan Merseyside itu mencabar kejuaraan liga semakin sukar selepas hanya berjaya mengutip 10 mata daripada lapan perlawanan.

"Liverpool sememangnya sudah tidak mampu mengejar pasukan-pasukan lain. Kami mempunyai masalah tersendiri tetapi pertemuan dengan pendahulu EPL adalah juga salah satu masalah pada pertemuan ini," katanya.

Tambah pengendali kelahiran Jerman itu, pertemuan getir di pentas Eropah bersama wakil Scotland, Rangers juga perlu diberi perhatian sebelum perlawanan penting dengan Manchester City.

"Sudah tentu, dalam keadaan yang kami hadapi ini iaitu menentang Arsenal, Rangers dan City adalah satu tempoh yang sukar untuk memberikan keyakinan semula buat pemain.

"Mungkin tidak, tetapi kami akan turun ke padang dan tidak akan mudah menyerah kalah kerana ia adalah perkara yang perlu pasukan ini lakukan ketika ini," katanya.

P2022-10-09-Arsenal_Liverpool-53-600x400

Liverpool mencatatkan kekalahan kedua dalam EPL musim ini. Agensi

Liverpool gagal untuk membawa pulang sebarang mata selepas Arsenal mudah membolosi gawang The Kop di Stadium Emirates menerusi jaringan Gabriel Martinelli dan Bukayo Saka.

Meskipun terdapat percubaan untuk mengikat perlawanan, anak-anak buah Mikel Arteta berjaya muncul sebagai pemenang selepas pengadil menghadiahkan sepakan penalti kontroversi yang diambil Saka.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai penalti itu, Klopp tidak mempunyai ulasan lanjut dan berpendapat bahawa sekiranya ia disahkan, ia merupakan perkara benar.

"Pengadil perlawanan dengan pantas mengeluarkan keputusan itu, yang mana saya rasa sedikit menimbulkan persoalan tetapi ia adalah penilaian mereka dan kita perlu mematuhinya.

"Pihak yang menjaga teknologi VAR turut berasakan keputusan itu adalah tepat dan apabila dua pengadil memikirkan perkara yang sama, maka kemungkinan besar penalti perlu diberikan," ulasnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram