ADAKAH anda suka bermain permainan video di telefon pintar untuk menghilangkan rasa bosan?
Keterujaan bermain di telefon pintar sering muncul dalam pelbagai genre, sama ada dengan mod pemain tunggal atau berkumpulan.
Sehingga kini, kepelbagaian permainan di telefon pintar semakin meningkat, namun beberapa tajuk permainan masih lagi bertahan dan dilabelkan sebagai legenda.
Hanya dengan menyebut nama, semua orang pasti tahu lima permainan mudah alih legenda ini.
Pemenang permainan ditentukan daripada markah tertinggi yang boleh dicapai oleh para pemain. — Agensi
1. Snake
Pernah mendapatkan skor tertinggi dalam permainan Snake? Jika anda adalah seorang pengguna telefon bimbit Nokia, semestinya sudah biasa dengan permainan ini.
Peraturan permainan ini agak mudah, anda hanya perlu mengawal ular untuk makan seberapa banyak titik hitam yang mana setiap satu mempunyai mata, markah akan meningkat apabila badan ular itu semakin panjang.
Pemenang permainan ditentukan daripada markah tertinggi yang boleh dicapai oleh para pemain.
Dengan pelbagai tahap kelajuan pergerakan, permainan akan berakhir apabila ular itu melanggar dinding atau termakan badannya sendiri.
Candy Crush Saga sudah mencatatkan lebih sepuluh juta muat turun pada Disember 2012. — Agensi
2. Candy Crush Saga
Candy Crush Saga ialah sebuah permainan video yang dilancarkan pada November 2012 untuk Facebook dan telefon pintar.
Permainan ini merupakan variasi bagi permainan tiga padanan yang mana setiap aras mempunyai satu papan permainan diisi dengan gula-gula berbeza warnanya dan mungkin terdapat halangan.
Pergerakan asas permainan ini adalah dengan menukar kedudukan dua biji gula-gula bersebelahan sama ada melintang mahupun menegak, bagi menghasilkan beberapa set padanan tiga atau lebih biji gula-gula yang sama warna.
Candy Crush Saga sudah mencatatkan lebih 10 juta muat turun pada Disember 2012.
Permainan ini sangat popular di Facebook dengan mencatatkan lebih 40 juta tanda suka pada laman aplikasinya dan ini merupakan aplikasi Facebook paling popular yang mencatatkan pendapatan kasar tertinggi di platform Apple dan Google.
Pemain menggunakan lastik untuk menembakkan burung ke arah gerombolan khinzir yang terdapat di dalam kubu. — Agensi
3. Angry Birds
Angry Birds ialah sebuah permainan yang diilhamkan daripada lakaran burung-burung yang tidak berkepak.
Dalam permainan ini, pemain menggunakan lastik untuk menembakkan burung ke arah gerombolan khinzir yang terdapat di dalam kubu dengan tujuan menghancurkan mereka bagi memenangi perlawanan tersebut.
Apabila pemain mara ke pusingan seterusnya, terdapat burung-burung jenis baharu yang mempunyai kebolehan istimewa yang boleh dihidupkan oleh para pemain.
Permainan ini tersedia dalam peranti Android dan iOS dan semakin popular dari semasa ke semasa.
Selepas bermula dari popularitinya sebagai permainan di telefon rpinta, Angry Birds kemudiannya diadaptasi menjadi filem kartun skrin lebar dengan tajuk yang sama.
Pemain akan mendapat markah berdasarkan jumlah kerosakan yang dibuat dalam satu pertempuran. — Agensi
4. Clash of Clans
Suka menyusun strategi peperangan yang tidak berkesudahan? Permainan yang lebih popular dipanggil COC merujuk kepada konsep pergaduhan antara kumpulan.
Setiap kumpulan biasanya mempunyai ketua dan timbalan ketua untuk melawan kumpulan lain.
Serangan yang dilakukan antara kumpulan membolehkan pemain menerima mata dalam bentuk bintang.
Pemain akan mendapat markah berdasarkan jumlah kerosakan yang dibuat dalam satu pertempuran dan anda dibenarkan membuat dua serangan sahaja.
Melalui permainan ini, anda dikehendaki bekerjasama untuk membina komuniti, melatih pasukan, dan memberi pemain lain untuk mendapatkan pelbagai ciri permainan, seperti emas dan trofi.
Sebagai pemain, anda juga bertanggungjawab untuk melindungi diri daripada serangan pihak lawan dengan membuat kubu pertahanan.
Dalam peta permainan mempunyai dua ciri yang penting, iaitu PokéStop, dan Pokémon Gym. — Agensi
5. Pokémon Go
Ingat permainan Pokemon Go? Ya, kehadiran watak ikonik Pikachu dan rakan-rakannya dalam bentuk permainan telefon pintar berjaya menarik perhatian orang ramai.
Permainan ini dengan cepat menjadi salah satu aplikasi peranti pintar yang paling digunakan selepas dilancarkan, mengatasi rekod terdahulu yang dipegang oleh Candy Crush Saga di Amerika Syarikat.
Pemain boleh menubuhkan identiti dan avatar seperti warna kulit, rambut, pakaian, kasut, jantina, dan aksesori seperti beg, cermin mata.
Dalam peta permainan mempunyai dua ciri yang penting, iaitu PokéStop, dan Pokémon Gym.
Kedua-dua ciri ini boleh membekalkan Pokéballs (untuk tangkap Pokémon), beri (untuk memudahkan proses tangkapan), item yang khas untuk evolusi Pokémon ke tahap yang lain, ubat yang boleh hidupkan Pokémon semula, dan telur Pokémon yang boleh menetaskan Pokémon.
Ia dipuji oleh beberapa pakar perubatan lantaran berpotensi meningkatkan kesihatan mental dan fizikal pemain, tetapi menarik beberapa kontroversi kerana laporan yang menyebabkan kemalangan dan menjadi gangguan awam di beberapa tempat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram