TEKAD untuk mengubah Perak FC menjadi pasukan yang digeruni musim depan sudah cukup jelas menerusi pelantikan ketua jurulatih baharu, Lim Teong Kim.
Bekas Pengarah Projek Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) itu akan menggantikan Yusri Che Lah yang bakal bertugas sebagai jurulatih bawah 23 Perak FC.
Teong Kim mempunyai pengalaman yang luas dalam melatih pemain muda. — Facebook
Kemampuan bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu dalam melahirkan pemain muda yang berkualiti sebenarnya tidak boleh disangkal berdasarkan rekodnya sebelum ini.
Malah, dengan pengalaman 12 tahun melatih skuad Bawah 19 Tahun (B-19) Bundesliga, Bayern Munich sekali gus membawa perubahan kepada Perak FC musim depan.
Antara nama-nama besar yang pernah dilatih Teong Kim ialah Thomas Muller, David Alaba, Toni Kroos dan Emre Can.
Selain bintang muda luar negara, Teong Kim juga pernah melahirkan ubi muda dalam negara antaranya Luqman Hakim yang kini beraksi di KV Kortrijk, Harith Haiqal, Zikri Khalili, Sikh Izhan (Selangor FC) dan Najmudin Akmal (JDT).
Luqman Hakim antara pemain yang dibentuk oleh Teong Kim. — Facebook
Untuk mendapatkan rentak segera, Teong Kim mungkin menggunakan khidmat pemain yang pernah dibentuknya sebelum ini iaitu Luqman Hakim.
Namun, dalam situasi Kelantan FC juga sedang mengintai pemain muda itu, belum pasti pasukan mana yang mendapat tempat di hati Luqman.
Cuma, daripada segi keselesaan, mungkin Luqman lebih memilih untuk bersama Teong Kim berbanding Kelantan FC.
Berkemungkinan juga Teong Kim mahu melahirkan lebih ramai bintang mudanya sendiri tetapi perkara itu perlukan masa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram