Atlet MMA tumbuk YouTuber masa 'live'


  • Benua
  • Khamis, 15 Sep 2022

Tangkap layar detik tumbukan Roslik diajukan ke muka Sadek.

ATLET seni bela diri campuran (MMA), Amadeusz Roslik menumbuk seorang bintang YouTube, Sadek sewaktu dia sedang menjalani temu bual secara langsung di televisyen.

Dalam sebuah video yang viral, Sadek dilihat sedang khusyuk menjawab soalan wawancara berkenaan perlawanan terbaharunya bersama wartawan Poland, Monika Laskowska.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba, Roslik menghampirinya lalu menumbuk Sadek sehingga dia terjatuh ke belakang lalu melanggar papan belakang penganjur yang akhirnya jatuh bersamanya.

Sadek kelihatan terhuyung-hayang ketika cuba bangkit manakala Roslik mencari kamera untuk menyampaikan mesej.

Bagaimanapun, bintang Youtube itu membuat keputusan untuk menyambung wawancara dengan darah kelihatan mengalir pada bibirnya.

Wartawan wanita tersebut, Laskowska kelihatan cuba menenangkan Sadek pada akhir video tersebut.

Sebagai rekod, Roslik sememangnya terkenal sebagai bintang kontroversi bagi peminat sukan MMA kerana pernah dihukum ekoran berkelakuan tidak profesional. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram