Lelaki kantoi dirakam CCTV curi 'pendrive' Pak Abu


  • Tular
  • Khamis, 15 Sep 2022

Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki mencuri pendrive di sebuah pasar raya.

TULAR satu video kecurian melibatkan seorang lelaki mencuri pemacu pena (pendrive) di sebuah pasar raya di Kuching, Sarawak.

Video kejadian yang dipercayai berlaku pada Rabu itu dimuat naik oleh pemilik kios Pak Abu Putu Mayung di halaman Facebook miliknya.

"Kejadian curi di kios kami Mydin Petra Jaya 14 September 2022.

"Pencuri ini hanya sempat ambil pendrive.

"Harap perkara seperti ini tidak berulang lagi dan semoga insan ini diberi hidayah dan dimurahkan rezeki," tulisnya.

Insiden kecurian itu berjaya dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diletakkan di premis tersebut.

Dalam video tersebut kelihatan seorang lelaki memakai pelitup muka berada dalam keadaan mencurigakan di depan sebuah televisyen yang diletakkan di tengah-tengah ruangan pasar raya itu.

Dia kemudiannya dilihat meraba-raba bahagian televisyen tersebut sambil memandang keadaan sekeliling.

Setelah memastikan keadaan selamat, lelaki itu terus mengambil pendrive yang berada di belakang televisyen itu dan terus beredar dari tempat kejadian.

Belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung insiden tersebut dan Majoriti sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pemilik kios Pak Abu Putu Mayung. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram