SEEKOR gajah liar dilaporkan memijak mati seorang sami dalam satu kejadian yang dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Wilayah Chanthanaburi di timur Thailand pada Sabtu, lapor The Thaiger.
Kejadian malang itu hanya diketuai selepas seorang lagi sami berjalan di kawasan berkenaan menemui mayat mangsa yang berusia 66 tahun di luar kawasan kuil dengan kesan tapak kaki haiwan itu pada pukul 5 pagi.
Lelaki terbabit kemudiannya bertindak memeriksa rakaman CCTV dan mendapati kejadian itu berlaku pada pukul 9.26 malam Sabtu dan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.
Memetik laporan The Sun, mangsa dilihat dikejar gajah liar itu sebelum dirempuh dan menyebabkannya terbaring di atas tanah.
Tidak terhenti setakat itu, gajah berkenaan memijak mangsa yang menjerit meminta tolong sambil bergelut melepaskan diri.
Polis dari Balai Polis Kaeng Hang Maeo, Thailand mengesahkan bahawa tidak unsur jenayah yang dikaitkan berhubung kematian sami itu.
“Dia kali terakhir dilihat dalam CCTV pada waktu petang ketika gajah itu menyerangnya.
“Sami itu meninggal dunia apabila polis dan ambulans tiba, dia tidak sempat diselamatkan,” katanya.
Tambahnya, hasil siasatan mendapati bahawa gajah tersebut tinggal di taman negara berhampiran kuil itu.
Sepasukan renjer hidupan liar dikerahkan ke kawasan terbabit untuk memantau haiwan tersebut dan menghalang ia dari terus masuk ke kawasan kampung.
Mereka juga percaya bahawa gajah itu berada dalam keadaan ‘musth’ iaitu tempoh yang mana ia menunjukkan tingkah laku yang sangat agresif dan mempunyai hormon yang tinggi untuk menarik perhatian pasangan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram