BEKAS bintang Liverpool, Sadio Mane gagal tersenarai dalam kesebelasan utama Bayern Munich ketika perlawanan di tempat sendiri menentang Stuttgart pada Sabtu.
Tempat dalam skuad itu diisi oleh Mathys Tel yang melakar sejarah apabila jaringannya pada minit ke-36 memastikan dia menjadi penjaring termuda Bayern dalam Bundesliga.
Tambah menarik, gol daripada pemain sensasi berusia 17 tahun itu turut memecahkan rekod penjaring gol kompetitif termuda dalam sejarah kelab ketika Bayern berdepan Viktoria Koln dalam DFB-Pokal (Piala Jerman).
Dengan pencapaian Tel yang mengagumkan, Mane pastinya berasa agak tergugat dengan kedudukannya apabila dilihat perlu bersaing dengan ubi muda dari Perancis itu bagi mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama.
Tel yang melakar sejarah apabila jaringannya pada minit ke-36 memastikan dia menjadi penjaring termuda Bayern dalam Bundesliga. — Agensi
Meskipun tersenarai dalam skuad ketika perlawanan menentang Stuttgart, tonggak dari Senegal itu diketepikan daripada kesebelasan utama pilihan pengendali kelab, Julian Nagelsmann.
Melihat dari sudut berbeza, mungkin Nagelsmann mahu memastikan Mane cergas untuk perlawanan menentang Barcelona dalam aksi peringkat kumpulan UEFA Champions League, Rabu depan.
Apapun, Mane wajar berasa tergugat memandangkan rakan sepasukannya yang jauh lebih muda kini memberi saingan kepadanya bagi merebut minit permainan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram