PERDEBATAN mengenai kelab mana yang bakal menjadi pemegang takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) 2022 semakin rancak selepas perlawanan Manchester United (MU) menentang Arsenal pada Ahad.
Pada perlawanan penuh kejutan tersebut, satu gol daripada Antony ditambah dengan dua gol Marcus Rashford mencetus kemenangan 3-1 pasukan The Red Devils ke atas Arsenal sekali gus mengakhiri permulaan sempurna Arsenal dalam kempen EPL musim tersebut.
Kehadiran Antony yang meledakkan gol pada penampilan sulungnya bersama MU tersebut memberi harapan bahawa skuad tersebut kini berada di kedudukan selesa untuk terus garang pada perlawanan akan datang.
Tampil sebagai pemain Brazil yang ke-100 dalam EPL, pemain berusia 22 tahun itu turut mencipta rekod sebagai pemain termuda dari negara berkenaan yang menjaringkan gol pada debutnya dalam liga tersebut.
Diramal bakal menjadi ayam tambatan buat MU, masa depan Antony cerah. — Agensi
Melihat kepada situasi tersebut, pemain tengah Wales, Robbie Savage berkongsi ramalannya mengenai empat pasukan yang bakal berada di kedudukan teratas liga terkenal dunia itu.
Menurutnya, Manchester City akan menjadi juara sekali lagi, manakala empat teratas akan dilengkapkan oleh Tottenham Hotspur, Chelsea dan MU.
“Tingkap perpindahan telah tertutup, sekarang empat teratas saya ialah Manchester City, Hotspurs, Chelsea dan MU.
"Yang pasti bukan Arsenal dan bukan juga pasukan Liverpool. Rentak permainan telah telah berubah dan MU kini mempunyai skuad yang lebih baik daripada Liverpool," kata Savage.
Sebagai rekod, Arsenal kini menduduki tangga teratas dengan 15 mata, satu mata di hadapan Manchester City.
Skuad kendalian Pep Guardiola mempunyai mata yang sama dengan Hotpurs yang berada ditempat ketiga, dengan kelebihan gol menyebelahi Manchester City. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram