'Sayangnya pemain JDT tak pandai cakap Johor,' MB Kedah siap tuju lagu khas


  • Podium
  • Ahad, 11 Sep 2022

PEMAIN JDT menjulang pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas berjaya merangkul Piala FA. — Bernama

KEMENANGAN Johor Darul Takzim (JDT) dalam final Piala FA menentang Terengganu FC (TFC) dengan jumlah jaringan 3-1 mendapat pujian daripada pelbagai pihak.

Namun, ucapan tahniah yang dibuat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor terhadap kemenangan JDT sebaliknya berbaur sinis.

"Tahniah JDT menang Piala FA semalam (Sabtu). Sayangnya, pemain JDT tak pandai cakap Johor," katanya menerusi akaun Facebook miliknya.

Turut disertakan bersama ucapan tersebut adalah videonya bermain biola dengan lagu sedih daripada filem Hindustan.

Menerusi ruangan komen, warganet berpesan kepada penyokong JDT supaya tidak terasa kerana apa yang dilakukan Muhammad Sanusi hanyalah satu usikan.

"Kemaih Menteri Besar serba boleh. Bangsa Johor janganlah terasa sangat. Melawak sahaja pun," kata Mohd Khairon Khalid.

"Sakan mengusik sampai mat saleh pun terkoyak sama. Jarang-jarang berlaku," kata Zamri Abubakar.

Menerusi perlawanan pada Sabtu, JDT menang 3-1 ke atas Terengganu FC (TFC).

TFC kalah sebab sistem pertahanan

Sementara itu, penyokong TFC menganggap kekalahan mereka adalah disebabkan kesilapan sistem pertahanan Sang Penyu.

Seorang penyokong TFC, Faizwan Faez berkata, ketenangan permainan amat berbeza dengan yang dipamerkan JDT.

KUALA LUMPUR, 10 Sept -- Aksi pemain JDT Bergson Gustavo Silveira Da Silva ketika diasak pemain Terengganu FC pada perlawanan Final Piala FA, JDT menentang Terengganu FC di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.Keputusan semasa, JDT 1-0 Terengganu FC.--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Pertahanan TFC dianggap terlalu lemah dan menjadi punca kekalahan. — Bernama

"Pemain-Pemain TFC amat lambat settle down berbanding JDT yang cukup tenang. Taktikal defending lemah dan pakat ball watching sahaja.

"Satu pasukan bermain baik dan satu pasukan tidak bermain seperti biasa. Terpaksa akur dengan kekalahan.

"Tiga gol lawan akibat kesilapan sistem pertahanan. Musim depan perlu mantapkan sistem pertahanan dan jika tidak, kita masih di tahap yang sama," katanya.

Seorang lagi penyokong TFC, Jamell Memphis Depay menganggap Sang Penyu boleh melawan JDT tetapi kalah dengan pengalaman.

"Pengalaman final untuk pemain muda TFC. Beza pengalaman sahaja. Kita lawan team kuat yang mana majoriti pemain kebangsaan negara.

"Permain pertahanan JDT pun kiri kanak kacuk. Kita boleh fight tapi kalah dengan pengalaman," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram