Tak peduli 'rumors' tinggalkan JDT, Bergson rupanya peminat anak artis terkenal


  • Podium
  • Selasa, 30 Ogos 2022

Bergson berjaya melakar hatrik ketika membantu JDT membenam MUFC 4-0 pada Isnin. — Facebook/ Johor Southern Tigers

DI sebalik spekulasi berkenaan status Bergson da Silva sebagai pemain import Johor Darul Takzim (JDT), disambung ataupun tidak, penyerang berbisa Harimau Selatan itu dilihat sedikit pun tidak hilang fokus dalam mempamerkan aksi cemerlang.

Tonggak import dari Brazil itu terus mencipta gol demi gol bagi meletakkan dirinya sebagai penjaring terbanyak Liga Super dengan pungutan 20 gol setakat ini.

Ini termasuk hatrik bergaya yang berjaya dicipta pemain berusia 31 tahun itu ketika menentang Melaka United FC (MUFC) dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, pada Isnin.

Usai perlawanan, Bergson memuat naik Instastory di laman Instagram rasminya @bergsonberg dengan kapsyen, "Big 3 points at home, let's go (JDT) (Tiga mata penuh di laman sendiri. Ayuh)," tulisnya.

WhatsApp Image 2022-08-30 at 14.10.56

Bergson berjaya menyumbang gol hatrik ketika menentang Melaka pada Isnin. Satu lagi gol JDT dicetak oleh Fernando Forestieri. — Instagram

Pemain berketinggian 1.81 meter itu secara rasminya memintas rekod milik Safiq Rahim (57 gol) dengan menjaringkan gol ke-58 sejak menyertai JDT musim lalu.

Tiga gol itu juga melonjakkan angka jaringan peribadi Bergson kepada 28 gol musim ini, hanya dibezakan dua gol untuk menyamai rekod musim lalu iaitu 30 gol.

Selain itu, turut menarik perhatian ialah Instastory fotonya mendukung anak penjaga gol JDT, Haziq Nadzli.

WhatsApp Image 2022-08-30 at 14.11.00

Gaya Bergson bergambar bersama anak Haziq Nadzli. — Instagram

"I'm a fan of this child, he's very funny kkk, thank you brother @haziqnadzli (Saya peminat budak kecil ini, dia amat mencuit hati, terima kasih @haziqnadzli)," tulis Bergson pada gambar itu.

Haziq Nadzli mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Eyra Hazali yang popular menerusi drama Mr. Grey dan telefilem, Anak-Anak Lorong pada 1 November 2019.

Mereka dikurniakan dua orang anak, Muhammad Hayder Qhalish Muhammad Haziq, 2 dan Muhammad Endra Haqimie, 4 bulan.

Untuk rekod, kontrak Bergson bersama JDT akan tamat pada 30 September 2022 berdasarkan info transfermarkt.com. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram