'Ambil boleh, 1st Eleven jangan', penyokong NSFC anggap Aidil Zafuan sesuai jadi 'backup' saja


  • Podium
  • Isnin, 29 Ogos 2022

Tahun ini dikatakan musim terakhir Aidil Zafuan bersama JDT apabila kontraknya dikhabarkan tidak lagi disambung musim depan. — Facebook/ Johor Southern Tigers

KHABAR angin pertahanan legenda Johor Darul Takzim (JDT), Aidil Zafuan Abd Razak yang berkemungkinan besar ditamatkan kontrak pada akhir musim ini makin bertebaran di media sosial.

Pemain berusia 35 tahun itu disebut-sebut bakal kembali ke pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC), yang pernah disertai pada awal kariernya dalam bola sepak.

Jika perpindahan pemain kelahiran Seremban itu direalisasikan, kepulangannya ibarat sirih pulang ke gagang malah ia mendapat restu sebilangan penyokong Hobin Jang Hobin.

"Kalau Aidil ingin habiskan karier bola, saya inginkan dia di Negeri Sembilan dan nak tengok adik-beradik (kembarnya Zaquan Adha) main bersama-sama...kembali seperti zaman dulu," kata Ramesh Subramaniam di Facebook Penyokong Setia Negeri Sembilan.

Sementara itu, Azwan Ismail pula berpendapat, Aidil Zafuan boleh berperanan sebagai backup pertahanan, namun kurang relevan untuk diturunkan dalam kesebelasan utama mungkin atas faktor usia.

"Boleh jadi backup, biarlah dia dua beradik pencen kek (di) Negeri Sembilan. Sebab mereka pun mula-mula naik dengan Negeri Sembilan.

"Kita tak boleh nak marah masa dia keluar Negeri Sembilan dulu main dengan ATM, sebab masa tu Negeri Sembilan tengah ada masalah kewangan dan nama mereka pula tengah top.

"Jadi memang mereka akan cari gaji tinggi. Tak boleh kita nak labelkan tua ataupun lemau. Skuad Negeri Sembilan yang menang Piala Malaysia dan Piala FA pun majoriti pemain tua.

"Cuma nak nak main first eleven tu mungkin taklah...sekadar backup bolehlah...turunkan ilmu kepada pemain muda," tulisnya.

Roslee Lee turut berpendapat, Aidil Zafuan yang berketinggian 1.78 meter boleh bermain sebagai backup pertahanan sebab sarat dengan pengalaman selain boleh masuk dalam team pengurusan skuad Jang satu hari nanti.

"Zaquan pun dah jadi backup striker yo sekarang ni, masalah utama ialah gaji. Boleh ke dia terima pengurangan gaji ikut kemampuan semasa dia," katanya.

"Boleh juga untuk backup defend...musim depan liga lagi lama, game ada 18 pasukan," kata Tajul Joe Branko pula.

Dalam pada itu, Mohd Nazir Harun berasakan Aidil Zafuan boleh dinaikkan pangkat ke bahagian pengurusan untuk membangunkan pasukan remaja NSFC.

"Suh jadi management team untuk develop team remaja boleh ni," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram