Tewaskan regu Indonesia, Aaron Chia-Wooi Yik muncul juara dunia


  • Podium
  • Ahad, 28 Ogos 2022

Aaron Chia (kanan) dan Wooi Yik merangkul kejuaraan dunia selepas menewaskan regu Indonesia. — Bernama

PASANGAN badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik muncul juara dunia selepas menewaskan gandingan dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan pada Kejohanan Badminton Dunia 2022 di Tokyo, Jepun pada Ahad.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2021 itu menang 21-19, 21-14 dalam tempoh 40 minit, sekali gus mengecewakan pasangan juara dunia tiga kali itu pada aksi yang berlangsung di Gimnasium Metropolitan Tokyo.

Kali terakhir pasangan Malaysia mara ke final beregu lelaki Kejohanan Dunia ialah pada 2010 iaitu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, namun dikecewakan gandingan dari China, Cai Yun-Fu Haifeng 21-18, 18-21, 21-14 di Paris, Perancis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram