Ada unsur khianat, pejabat PKR Johor Bahru terbakar


  • Politik
  • Ahad, 28 Ogos 2022

Pejabat PKR Cabang Johor Bahru terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat dan sabotaj pada awal pagi Ahad. — Twitter

PEJABAT Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Johor Bahru di Johor Bahru, Johor terbakar dalam kejadian pada awal pagi, Ahad.

Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir memaklumkan perkara itu dalam ciapan Twitter miliknya.

"Satu kejadian kebakaran berlaku di Pejabat Cabang Keadilan Johor Bahru awal pagi tadi (Ahad).

"Berdasarkan maklum balas awal, terdapat unsur-unsur khianat dan sabotaj. Insya-ALLAH, saya akan adakan sidang media di tempat kejadian pada pukul 3 petang ini," katanya menerusi ciapan tersebut.

Sebelum ini, dalam kejadian pada November 2019, pintu masuk Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru pernah disimbah dengan cat merah.

Selain itu, terdapat bangkai seekor ayam serta mesej ugutan terhadapnya turut dicampakkan di hadapan pintu berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram