'Feeling' jadi Superman, penunggang motor 'terbang' di LPT2 dirakam polis


  • Tular
  • Ahad, 28 Ogos 2022

Aksi 'Superman' mat rempit itu berjaya dirakam oleh seorang anggota polis menggunakan telefon bimbit.

TINDAKAN seorang penunggang motosikal melakukan aksi 'Superman' di lebuh raya memakan diri selepas berjaya dirakam polis yang menaiki kereta peronda.

Dalam satu rakaman tular, polis itu membunyikan siren beberapa kali namun tidak diendahkan mungkin kerana dia terlalu leka.

Seorang anggota polis di bahagian kerusi penumpang kemudian menurunkan tingkap kereta dan merakam aksi lelaki itu dengan telefon bimbitnya.

Selepas beberapa ketika, penunggang itu akhirnya menyedari dia diekori rapat kereta peronda sebelum kembali menunggang motosikal seperti biasa.

Lelaki yang menunggang motosikal berwarna putih itu kemudiannya dilihat cuba memecut namun rakaman itu terhenti dan tidak pasti sama ada dia dapat ditahan atau tidak.

Rakaman tular yang dikongsikan akaun Twitter Seller iPhone! itu mendapat sejumlah 200,000 tontonan sejak tular pada pagi, Ahad.

Berdasarkan semakan Majoriti, kejadian itu dipercayai berlaku di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berdasarkan papan tanda jalan yang menunjukkan susur keluar ke Persimpangan Jabor.

Menjengah ke ruangan komen, aksi yang dirakam anggota polis tersebut mengundang pelbagai reaksi warganet.

"Papan tanda jalan itu tunjuk 'Beserah', jawapan dia Beserah," ciap fifarosidi.

Malah ada yang mengatakan lelaki tersebut membuat aksi berkenaan untuk mengelakkan daripada sakit pinggang ketika menunggang dalam perjalanan yang jauh.

Fandyalias berkata, abang ini mungkin nak hilangkan lenguh pinggang.

Nak berhenti di kawasan Rehat Dan Rawat (R&R) mungkin jauh lagi.

" Walau apapun bahaya tetap bahaya," tulisnya.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan media daripada pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram