SEORANG bayi perempuan yang masih hidup ditemukan dalam sebuah kotak air mineral pada Rabu.
Kejadian itu dipercayai berlaku di Desa Ilotidea, Kecamatan Tilango, Kabupaten Gorontalo, Indonesia.
Ketika ditemui orang awam, bayi perempuan yang cukup sifat dan masih bertali pusat dibalut menggunakan kain berwarna hijau.
Dipercayai bayi itu dibuang berdekatan kawasan kilang kain dan orang awam kemudiannya bertindak menghantar bayi tersebut ke Hospital Tilango.
Ketua Hospital Tilango, Fatmah Abdul berkata, pihaknya sedang memantau kesihatan bayi tersebut.
"Buat masa sekarang, pihak hospital akan memastikan bayi tersebut dalam keadaan sihat dan kami telah memotong tali pusatnya terlebih dahulu," katanya.
Pada masa sama, polis menerima laporan mengenai penemuan itu daripada orang awam kira-kira pukul 8.15 pagi dan segera menghantar anggota ke lokasi kejadian. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram