RUANG parkir motosikal di kawasan sekitar NU Sentral dikatakan sering menjadi mangsa 'pancut' gelandangan kurang siuman yang mengakibatkan kawasan ini berbau hancing.
Difahamkan kejadian itu berlaku di ruang parkir motosikal monorel berhadapan restoran Mamak ABC di NU Sentral.
Situasi itu dipercayai sering terjadi dan rata-rata penunggang motosikal di situ sudah lali dengan tingkah laku gelandangan tersebut yang sememangnya kurang sopan.
Dikongsikan di laman TikTok, video rakaman berdurasi 15 saat itu yang menunjukkan gelandangan itu dalam keadaan baring dengan selamba kencing di kawasan parkir motor.
Menurut komen yang ditinggalkan, kebanyakan penduduk di sekitar sudah lali dan tahu akan situasi yang menimpa motosikal di situ kerana kejadian itu sering terjadi dan menyebabkan bau hancing yang kuat.
"Hari itu pergi family day menginap di hotel kawasan situ dapatlah tengok gelandangan tu tengah mabuk sambil curah air dekat jalan," kata nl merujuk kepada perbuatan gelandangan itu membuang air kecil.
"Orang lalu ingatkan hujan tapi rupa-rupanya bila dah kering, ambik kau, bau hancing terus pengsan," kata HoneyLemon pula.
Rata-rata netizen juga turut merasa lega dengan perkongsian video itu yang sedikit sebanyak memberikan peringatan pada mereka untuk berhati-hati.
Eeyda berkata, "Nasib baik saya tak letak motosikal di sana, saya letak di tempat lain dekat depan kedai pajak gadai."
Azizlah90 menambah, "Nasib baik motosikal saya letak dekat tepi bank, kalau tak habis bau hancing." — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram