Era kegemilangan Farizal Marlias dah berakhir, bahayakan kubu JDT?


  • Podium
  • Isnin, 22 Ogos 2022

Faktor umur antara yang didakwa menjadi punca kemerosotan aksi Farizal Marlias. — Facebook/Johor Southern Tigers

SELEPAS Johor Darul Takzim (JDT) dibelasah Urawa Reds Diamonds, 0-5 dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL), prestasi penjaga gol, Farizal Marlias mula menjadi bualan dalam kalangan penyokong.

Ramai yang beranggapan prestasi sebenar Farizal baru teruji ketika menentang pasukan yang lebih baik berbanding kelab Liga Super.

Antara yang menjadi sebutan adalah faktor umur Farizal yang disifatkan boleh mengundang bahaya kepada JDT.

Seorang penyokong JDT, Hanafi Nafi berkata, faktor utama Farizal menjadi penjaga gol terbaik adalah disebabkan barisan pertahanan JDT yang mantap.

297077221_2355461161283836_4121377486565783202_n

Farizal Marlias diibaratkan satu ancaman kepada JDT. — Facebook/Johor Southern Tigers

"Sejak dulu lagi memang bukan calang-calang pertahanan yang dimiliki JDT. Bukan menidakkan keupayaan dan jasa Farizal, tetapi dia dah mula lemah membaca agakan bila ada hantaran bola lintang dan sepakan sudut.

"Lentingannya juga dah tak sebaik dahulu. Jarang dapat selamatkan penalti. Kelebihan Farizal bila satu lawan satu, dia bijak menutup ruang tapi kini, pergerakannya dah mula perlahan disebabkan faktor umur," katanya.

Menurutnya, dalam saingan ACL yang disertai pemain berkualiti, Farizal tidak dapat sembunyikan lagi kelemahannya bila pertahanan JDT mudah ditembusi dan dia sebagai benteng terakhir gagal menyelamat gawangnya.

299817965_2366083183554967_5466485941189093918_n (1)

Farizal Marlias dalam kesebelasan utama ketika JDT tewas 0-5 ke atas Urawa Reds Diamonds. — Facebook/Johor Southern Tigers

Seorang lagi penyokong, Johari Joe turut bersetuju berkenaan prestasi semasa Farizal dan menganggap pemain itu boleh mengundang bahaya kepada JDT.

"Bukan tak bagus, tetapi itu dahulu. Sekarang Farizal dah tak boleh atas faktor umur. Cara dia menjaga kubu JDT amat berbahaya dan boleh merugikan JDT.

"Malah, tindakannya juga kadang-kadang boleh menghadiahkan penalti kepada pihak lawan dan sekali gus boleh menjadi punca kekalahan JDT," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram