ZAMAN kini ramai orang lebih gemar membeli makanan secara atas talian kerana ia mudah dengan hanya satu klik, hidangan sudah sampai di hadapan pintu.
Kemudahan membeli makanan atas talian itu tentunya turut menggembirakan wanita mengandung kerana mereka tidak perlu bersusah payah bersusah payah memasak di dapur.
Namun lain pula yang menimpa seorang wanita hamil di England apabila dia menemui sebilah pisau di dalam hidangan yang dipesannya.
Nerice Moyse yang hamil 17 minggu mengidam sub tuna iaitu hidangan terkenal makanan segera Subway, sekali gus dia serta pasangannya memutuskan untuk memesannya untuk dihantar ke rumahnya di Lowestoft, Suffolk.
Bagaimanapun, sewaktu membuka bungkusan hidangan berkenaan, bakal ibu itu menjadi berang apabila mendapati ada sebilah pisau di dalam makanan itu.
Rakaman video yang dimuat naik oleh pelanggan Subway itu.
Nerice Moyce memuat naik video yang mengandungi pisau tajam dengan pemegang berwarna kuning terselit di bawah roti Subway itu.
"Saya baru sahaja membukanya dan kami berdua sangat terkejut dengan pisau itu,” katanya memetik laman portal NDTV Food.
Nerice Moyce seterusnya berkongsi bahawa dia dan pasangannya menelefon Subway di Gorleston High Street untuk memaklumkan mengenai pisau berkenaan.
“Saya bayangkan jika seorang kanak-kanak kecil atau remaja menemuinya? Sekurang-kurangnya saya lega kerana perkara ini berlaku kepada saya,” jelasnya.
Moyce mendedahkan, dia mendapat mesej daripada Subway bahawa mereka akan menghubungi restoran penghantaran dan akan menyelesaikan masalah itu.
Jurucakap Subway memberitahu MailOnline bahawa pihaknya akan menyiasat insiden berkenaan secara menyeluruh dan syarikat itu juga meminta maaf kepada pelanggan berkenaan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram