Penyokong makin bosan, Selangor diramal jadi 'lauk' 3 lagi pasukan


  • Podium
  • Isnin, 22 Ogos 2022

Darren Lok (baju biru) mengejar bola dari Pemain Selangor, Yazan Mousa Mahmoud Al-Arab pada perlawanan Liga Super 2022 Selangor menentang PJ City, Ahad. — Agensi

SIRI kekalahan empat kali berturut-turut pasukan Selangor FC pada pentas Liga Super bukan lagi sesuatu yang boleh diterima oleh para penyokong skuad Gergasi Merah itu.

Skuad di bawah kendalian Ketua Jurulatih Interim, Nidzam Jamil itu kecundang di tangan pasukan kerdil, Petaling Jaya City (PJ City) 0-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Ahad.

Selangor sebagai pasukan tuan rumah dimalukan PJ City menerusi jaringan penyerang berdarah kacukan, Darren Lok pada babak kedua sekali gus menamatkan kemarau kemenangan PJ City sejak April lalu.

Aksi di antara dua pasukan turut diiringi lagu 'F.A.S (Persatuan Bola Sepak Selangor) B%ngs%t!' yang didendangkan Ultras Selangor yang ternyata sudah bosan dengan pengurusan skuad tersebut.

Mana tidaknya, di atas kertas, kelebihan sememangnya berpihak kepada Selangor FC kerana PJ City merupakan pasukan yang menduduki kedudukan ketiga tercorot dalam carta dan hanya dibarisi oleh pemain-pemain tempatan.

Kenyataan rasmi Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon sejurus tamat perlawanan.

Melihat kepada situasi itu, para penyokong sudah tidak mahu menanggung malu dan mahu skuad Gergasi Merah menarik diri dari saingan Liga Super memandangkan lawan yang bakal ditemui selepas ini merupakan pasukan yang berada di kedudukan teratas Liga Super.

Pasukan-pasukan itu adalah Johor Darul Takzim, Sabah FC dan Kedah FC yang dijadualkan akan bertemu Selangor pada September.

Ismael Aziz menerusi laman semuanya BOLA Group menyindir: " Tiga perlawanan Selangor lepas ni. Saya harap tarik diri sahajalah. Kesian Ultras Selangor, dah banyak kali merajuk.

Zuhairi Ramlan menambah: "Maki dah, merajuk dah. Tak tahu nak buat apa lagi. Jangan sampai penyokong terjun bangunan sudah lah."

"Habislah lepas ni jadi 'lauk' (Kalah teruk dengan pasukan besar)," kata Aliff Zuaimi II. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram