DALAM hidup yang serba sederhana ini, ada beberapa perkara yang perlu dihebohkan kepada umum, manakala sebahagiannya lebih baik disimpan sendiri sebagai kenang-kenangan.
Seorang lelaki tular di media sosial Twitter selepas orang ramai mengecam tindakannya yang berlagak mempamerkan bungkusan ganja sambil berswafoto.
Dalam hantaran tersebut, lelaki itu turut memuat naik kapsyen seolah-olah memperlekehkan 'mat ganja' yang lain.
"Banyak itu pun dah menunjuk, orang angkat half ounce pun tak kecoh, angkat satu gram chai dengan rokok?, lemah," tulis lelaki tersebut di Twitter.
Difahamkan akaun Twitter lelaki tersebut diletakkan di dalam mod kunci dan 'followers' individu itu sahaja yang boleh melihat gambar berserta kapsyen berkenaan.
Tangkap layar hantaran tersebut.
Hantaran tersebut bagaimanapun berjaya disimpan oleh salah seorang pengguna di Twitter dan sejak itu gambar lelaki bersama ganjanya tular di media sosial dengan kebanyakannya mengkritik tindakannya yang berlagak dan menunjuk-nunjuk.
"Budak-budak macam ini bersepah dalam penjara nanti dah masuk penjara menangis macam orang gila," kata @4jim__
"Manusia kaki ganja dan kaki minum ini kita tak perlu cari, scroll social media sahaja confirm jumpa sebab dorang sendirii yang bagi tahu," ujar @Ddzulkarnainn.
"Hello @PDRMsia @AADKMalaysia nak bukti gambar dari individu tersebut boleh refer screenshot saya di atas," jelas @Zahrzikri.
"Terpaling stoner, lelaki itu dah tempah giliran tali gantung, berani muat naik dekat Twitter maksudnya dia berani hadap dengan akibat yang akan datang betul tak? tulis @MyGamingLyfe.
Belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung insiden itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram