Syukur kekal di Liga Super, tapi kata peminat Penang 'cukuplah, tak perlu main baki perlawanan'


  • Podium
  • Jumaat, 19 Ogos 2022

Antara babak perlawanan Penang menentang Pahang pada Khamis. — Facebook/ Sri Pahang FC

KEKALAHAN 2-3 Penang FC di tangan Sri Pahang FC pada Khamis semakin menggelisahkan penyokong tentang hala tuju sebenar skuad Harimau Kumbang itu.

Apatah lagi, kekalahan itu merupakan kali kelima berturut-turut, selepas skuad kendalian Datuk Zainal Abidin Hassan itu dibelasah empat pasukan lain dalam perlawanan sebelum ini.

Penang kini kekal di tangga tercorot dalam Liga Super dengan pengumpulan tujuh mata, memperoleh satu kemenangan daripada 16 perlawanan.

299936554_487065246579614_5988818442820179282_n

Penang tewas sebanyak lima perlawanan berturut-turut, termasuk di tangan Pahang pada Khamis. — Facebook/ Penang FC

Pemerhati sukan, Mamu Chelsea Penang mengakui sangat kecewa dengan persembahan ditunjukkan oleh Penang yang dianggap tiada usaha untuk berjaya.

Menerusi laman Facebook, katanya, pasukan itu sebaliknya masih berdepan dengan masalah yang tiada kesudahan bermula dari pihak pengurusan sehingga para pemain.

Lantaran itu, dia menegaskan bahawa tiada gunanya Penang FC ditubuhkan sekiranya hanya mahu mengaut keuntungan daripada segi kewangan.

"Selalunya bila kait dengan politik, yang jadi isu adalah bukan untuk pasukan tapi pulangan.

"Sebab itulah kita banyak pemain yang tangkap muat semuanya kerana duit dan dana tiada.

"Sebab itu jugalah sponsor (ditaja) kaya di Penang tak nak mahu sponsor Penang. Sebab mereka takut kelab ni tak boleh bagi pulangan suatu hari nanti," katanya.

Screenshot 2022-08-19 155731

Antara aksi perlawanan pemain Penang dan Pahang pada Khamis. — Facebook/ Sri Pahang FC

Pada masa sama, Mamu Chelsea Penang yang juga penyokong tegar Penang FC berkata, dia tidak mahu melihat pasukan itu mengalami kejatuhan sama seperti suatu ketika dahulu.

Menurutnya, pasukan itu juga seharusnya bersyukur kerana masih lagi diberi peluang kekal dalam Liga Super.

"Sebab ikut format baharu, kita patut rasa beruntung tak masuk Liga Premier dah. Sebab Liga Premier sudah tiada," katanya.

Sementara itu, laman Facebook Penang FC dibanjiri dengan kata-kata kecaman susulan kekalahan tersebut.

Zulrisman Razak menulis: "Aku rasa baik Penang FC tarik diri daripada dok pi main baki liga. Benda serupa k****t ni ampa tunjuk kat kami. Main taktikal apa pun tak boleh nampak. Passing ke laut. Marking tak tight langsung. Saranan aku baik ampa tak payah dok mainlah senang."

Perli Hafiz Md Nor: Terbaik Penang mempertahankan kekalahan. Teruskan kalah hingga akhir musim. Memang kami penyokong Penang sentiasa disajikan dengan kekalahan. Bayar tiket untuk tengok kalah. Ayuh kekalkan momentum kekalahan ini."

Wan Selamanya berkata: Eloklah tukar pemain. Teruk sangat dah ni. Passing pun out. Bola hantar dekat orang je daripada bagi kat pemain sendiri. Itu pun hampa tak nampak lagi. Nasib la tahun ni tak ada penyingkiran. Tahun lepas nombor 3.Tahun ni jadi lubuk tiga mata. Memang terbaik la ampa.Sempoi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram