KEHADIRAN Steven Rodriguez menyertai skuad Sri Pahang memberikan harapan kepada penyokong pasukan tersebut untuk muncul sebagai Gergasi Pantai Timur.
Ini rentetan kejayaannya menyumbangkan dua gol buat Sri Pahang pada perlawanan menentang Penang FC yang berakhir dengan keputusan 3-2 pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, di George Town Pulau Pinang pada Khamis.
Pada aksi tersebut, skuad Tok Gajah kendalian Datuk Dollah Salleh membariskan kesebelasan terbaik dengan jentera serangan diketuai Rodriguez dan Manuel Hidalgo.
Dua gol disumbangkan pemain berusia 23 tahun tersebut pada minit ke-44 dan minit ke-64 dilengkapkan dengan sumbangan tonggak pertahanan Tok Gajah, David Rowley yang menyempurnakan hantaran Hidalgo pada minit ke-81.
Kelebihan itu menyukarkan pasukan Penang FC untuk menyamakan kedudukan meskipun tonggak Harimau Kumbang, Rafael Vitor dan penyerangnya, Lucas Silva sempat menyumbang dua gol sebelum wisel penamat ditiup.
Melihat kepada aksi agresif Rodriguez, penyokong memuji kemampuan pengurusan Sri Pahang dalam mencari bakat-bakat import yang berkualiti.
Tidak dikira keterlaluan, penyokong menggelarkan pemain dari Colombia yang baru sertai Sri Pahang sejak Jun lalu sebagai 'mesin gol'.
Penjaga gol Sri Pahang Mamadou Samassa menahan bola pada perlawanan Liga Super 2022 menentang pasukan Pulau Pinang di Stadium Bandaraya beru-baru ini. — Bernama
Otai Sukan berkata: "Tujuh gol dalam lima perlawanan setelah membuat sembilan penampilan dalam Liga Malaysia, akhirnya Sri Pahang sudah jumpa mesin gol yang mereka cari bertahun lamanya.
"Pandai Pahang sunting penjaring. Baru main sekejap sahaja dengan pasukan Sri Pahang, dah dapat bagi tujuh biji gol," kata Audie Reeve.
Bro Pe'ja menambah: "Harap Sri Pahang yang pegang status Gergas Pantai Timur', bukan Terengganu atau Kelantan.
Kekalkan dia. Corak permainan dia sama macam pemain Argentina, Sergio Aguero. Dia perlukan gandingan untuk terus jadi mesin gol.
Sebagai rekod, enam gol Rodriguez disumbangkan menerusi saingan Liga Super manakala satu gol lagi disumbangkan menerusi perlawanan suku akhir Piala FA, Julai lalu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram