Bukan sengaja tak umum, venue final Piala FA diketahui minggu ini


  • Podium
  • Khamis, 11 Ogos 2022

JDT dan TFC akan bertarung untuk menentukan juara Piala FA. — Facebook/TFC

KEPUTUSAN lokasi stadium yang akan digunakan untuk saingan akhir Piala FA akan diketahui minggu ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam berkata, pihaknya juga sudah menyediakan senarai pendek stadium yang akan digunakan namun tidak boleh didedahkan lagi.

"Sebenarnya tiada penangguhan pengumuman sebaliknya kita masih perlukan masa untuk penelitian mendalam untuk dilakukan sekreteriat MFL.

"Lagipun ada beberapa keputusan yang terletak di luar kuasa MFL yang memerlukan masa sehari dua sebelum keputusan akhir dibuat," katanya kepada Majoriti.

298291656_1523872628043413_6938477794543141458_n

JDT dan TFC bertemu dalam Liga Super pada Rabu. — Facebook/TFC

Terdahulu, sebuah portal melaporkan yang keputusan untuk lokasi perlawanan akhir Piala FA telah ditangguhkan atas beberapa sebab.

Lokasi stadium untuk perlawanan antara Johor Darul Takzim (JDT) dan Terengganu FC sebelum ini menjadi tumpuan kerana kedua-dua pasukan mempunyai stadium terbaik dalam negara.

Namun, disebabkan kedua-dua pasukan bertemu di peringkat akhir, maka kedua-dua stadium itu harus digugurkan untuk mengelak sebarang konflik.

Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur juga tidak boleh digunakan buat masa ini kerana sedang menjalani proses penyelenggaraan.

Stadium-stadium lain yang boleh dipertimbang adalah Stadium Perak, Stadium Darul Makmur (Pahang) atau Stadium Hang Jebat di Melaka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram