'Benci tapi sayang' — Ketahui 3 kelab masih dapat sokongan padu fanatik


UltraSel berang melihat prestasi turun naik Selangor FC baru-baru ini. — Agensi

KEMENANGAN sesebuah pasukan bola sepak sememangnya suatu kebanggaan kepada bukan sahaja pemain dan pihak pengurusan, malah penyokong juga boleh menjadi tulang belakang dalam sesebuah perlawanan.

Perkara ini dilihat apabila penyokong sanggup berkorban untuk menubuhkan kelab penyokong bagi sesebuah pasukan, membeli tiket perlawanan dan sebagainya demi pasukan kesayangan mereka.

Namun, sikap acuh tidak acuh daripada pihak pengurusan serta prestasi pemain yang merudum sekali gus menjadikan penyokong kecewa.

Walaupun begitu, rasa sayang penyokong terhadap pasukan kegemaran mereka dilihat masih lagi ada, apabila mereka tidak putus-putus memberi sokongan ketika hari perlawanan di stadium keramat masing-masing.

Berikut merupakan antara tiga kelab penyokong yang disifatkan 'benci tapi sayang' terhadap pasukan mereka:

1. Penang FC

msg676703964-193474

Poster Penang Brotherhood yang menyeru penyokong Harimau Kumbang supaya memakai baju putih. — Penang Brotherhood

Selepas dilihat agak kurang menyengat selain menunjukkan prestasi yang tidak memberangsangkan, rata-rata penyokong Penang FC tampil meluahkan kekecewaan melalui protes secara besar-besaran.

Ketika ini, skuad Harimau Kumbang berada di tangga tercorot dengan hanya mampu mengutip tujuh mata, selain memperoleh satu kemenangan daripada 14 perlawanan dalam Liga Super 2022.

Isu kekalahan yang sering menimpa Penang FC sememangnya mengundang perasaan marah dan kecewa dalam kalangan penyokong setianya.

Malah, pertukaran jurulatih juga tidak dapat memulihkan prestasi Penang FC yang kini dikenalikan oleh Datuk Zainal Abidin Hassan, selepas Tomas Trucha dipecat pada pertengahan musim.

Penyokong Harimau Kumbang itu menyifatkan prestasi merudum skuad tersebut disebabkan pelbagai faktor yang melibatkan isu pengurusan, kelemahan taktikal hinggalah jurulatih.

Ketika menentang Sarawak United FC pada Ahad lalu, Penang Brotherhood menyeru penyokong pasukan itu untuk turun padang dengan memakai baju putih sebagai tanda protes.

"Penyokong banyak berkorban dan wang ringgit sedangkan pemain mempunyai sikap sambil lewa dengan imbuhan gaji yang mencecah puluhan ribu sebulan.

"Pemain ditawarkan dengan gaji yang lumayan dalam Liga Malaysia tapi lepas kalah, kalah lagi tiada improvement dalam permainan," katanya.

Menjengah ke media sosial, penyokong Harimau Kumbang tetap hadir pada hari perlawanan menentang Sarawak United meskipun segelintir daripadanya dilihat memakai baju putih.

2. Selangor FC

Gara-gara tewas di tangan Negeri Sembilan FC (NSFC) pada Ahad lalu, penyokong Selangor FC tidak ketinggalan untuk melakukan protes di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di Petaling Jaya, Selangor.

Dalam perlawanan itu, skuad The Red Giants dibelasah 2-3 di tangan skuad Jang Hobin.

Prestasi Selangor FC yang turun naik menjadikan UltraSel berang.

Ditambah pula perlawanan dengan NSFC merupakan kekalahan kali kedua berturut-turut,selepas dibelasah 0-2 oleh Sri Pahang FC pada 27 Julai lalu.

Selepas kalah di tangan NSFC, UltraSel semakin merajuk apabila bertindak menyanyi atau chanting dengan membelakangkan pemain sambil memegang bahu sesama sendiri.

Perkara itu dikongsi menerusi laman Facebook:

Sementara itu, seorang penyokong Selangor tidak dikenali yang meluahkan kekecewaan atas kekalahan itu di media sosial menegaskan bahawa, sekiranya pasukan itu mempunyai masalah dalaman termasuk tidak menyukai ketua jurulatih, mereka disarankan untuk tidak menterjemahkan kebencian itu di dalam perlawanan.

Hal ini kerana, katanya, perkara itu boleh menyebabkan suatu pengkhianatan terhadap penyokong yang hadir menonton perlawanan.

"Bila penyokong dah datang, apa yang kau bagi? Kita tak minta kemenangan pun. Mainlah untuk kebanggaan.Kalau tak boleh (main) buka baju, blah," katanya menerusi media sosial.

Walau timbul perasaan benci dan sakit hati macam mana sekali pun terhadap pasukan itu, katanya, penyokong tetap hadir menyaksikan perlawanan.

"Sebab apa? Kami cintakan pada merah kuning. Logo kita ni kebanggaan kita, main untuk kebanggaan. Kalau tak boleh (main), blah," ulangnya lagi.

3. Kedah Darul Aman FC

296388390_476871457607543_4790370552077376475_n

Aksi perlawanan Kedah ketika menentang Sri Pahang pada Isnin lalu. — Facebook/ KDA FC

Selepas dua kali kekalahan berturut-turut, penyokong Kedah Darul Aman (KDA) FC tidak terlepas meluahkan kekecewaannya.

Pada 27 Julai lalu, Kedah tewas 1-2 di tangan Kuala Lumpur (KL) City FC, manakala pada 1 Ogos lalu, Kedah sekali lagi dibelasah 0-2 di tangan Sri Pahang FC.

Tidak duduk diam, sebaliknya segelintir penyokong Kedah menjadikan media sosial sebagai medan mengungkap kekecewaan atas kekalahan tersebut.

Antara yang membuat kecaman termasuk Muzhaffar Adely, yang menganggap bahawa kekalahan sekali sekala boleh dimaafkan lagi, namun dia hairan apabila pihak pengurusan seolah-olah berdiam diri apabila kekalahan pasukan kerap terjadi.

"CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) buat apa diam seribu bahasa, jurulatih tak ambil iktibar ke dari kekalahan dahulu? Apa nak jadi ni, kami sanggup turun stadium demi Hijau Kuning. Ni balasannya pada kami kalah, kalah dan kalah," kata penyokong itu menerusi hantaran di laman Facebook.

296495093_476871804274175_8155064281119391878_n

Antara penyokong Kedah yang masih hadir memberikan sokongan di Stadium Darul Aman. — Facebook/KDA FC

Sindir Hakimi Hj Hassan: "Jangan marah tuan-tuan, coach tengah eksperimen, perlukan masa untuk keserasian, kita kan penyokong setia, kena faham jangan tahu condemn (kutuk) ja. Keserasian ni perlukan 65 tahun tau, bukan dua atau tiga hari."

Meskipun mengalami kekalahan yang menyebabkan cacian peminat, namun penyokong Hijau Kuning dilihat masih hadir ke Stadium Darul Aman, Alor Setar untuk memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada skuad Kedah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram



Lebih Pilihan