'Ombak TRW' makin mengganas


  • Podium
  • Isnin, 01 Ogos 2022

Penyokong Kelantan membanjiri Stadium Sultan Muhammad IV pada Ahad. — Facebook

KELANTAN FC terus menerajui saingan Liga Premier apabila berjaya menewaskan Kuching City FC dengan jaringan 2-0 di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, Kelantan pada Ahad.

Skuad The Red Warriors (TRW) kini memperoleh sembilan kemenangan daripada 12 perlawanan dan berjaya mengutip 29 mata.

Selain kemenangan TRW, apa yang menarik perhatian ketika perlawanan tersebut termasuk sokongan padu daripada para peminat.

Kebiasaannya, para penyokong memberi semangat kepada pemain menerusi nyanyian lagu dan sorakan.

Sesuai dengan frasa yang sering digunakan buat penyokong Kelantan - Sek Kito Jange Pecoh- mereka bersatu padu memberi sokongan kepada pemain menerusi 'football wave'.

Menerusi hantaran di laman Facebook, 'football wave' itu dimulakan oleh penyokong setia pasukan itu, iaitu Sang Saka Merah TRW sebelum diikuti oleh penyokong lain.

Difahamkan, penyokong TRW pasti akan melakukan 'football wave' dalam setiap perlawanan.

"Maaf deh, napok nakal sikit tapi tak jahat. Kemah penyokong dok hadir hari ni sporting terus support main ombok dalam stadium.

"Kito samo-samo berhibur nok ko suasana meriah dalam stadium. Salute sep kito," jelas Sang Saka Merah TRW dalam loghat Pantai Timur.

Jumaat ini, TRW akan berhadapan dengan skuad Projek FAM-MSN dalam aksi ke-13 Liga Premier. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram