Tebus kesalahan, catat sejarah antara sebab Sabah perlu tundukkan Melaka


  • Podium
  • Ahad, 31 Jul 2022

Pemain Sabah meraikan gol kemenangan ketika perlawanan menentang PJ City pada Selasa. — Facebook/ Sabah FC

SELEPAS 13 perlawanan, Sabah FC semakin bernafsu untuk menamatkan dominasi Johor Darul Takzim (JDT) dalam kancah Liga Super.

Terpisah empat mata dengan JDT masih memiliki kelebihan satu perlawanan dalam tangan, skuad Sang Badak masih berpeluang untuk mencabar kejuaraan Harimau Selatan itu.

Cumanya, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee perlu meneruskan rentak kemenangan apabila berdepan Melaka United FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah pada Ahad.

Para penyokong The Rhinos sudah tentu ternanti-nanti dan berharap berita baik bakal menyebelahi pasukan tersebut, selepas tewas 1-2 di tangan JDT. pada 15 Julai lalu.

Jika diikutkan, setiap penyokong pasti mahu pasukan kegemaran mereka menang dalam setiap perlawanan, namun berikut merupakan sebab lain Sabah wajib menang ketika bertemu Melaka pada Ahad:

1. Himpit JDT

Screenshot 2022-07-30 182337

Sabah kini berada di tangga kedua di belakang JDT dalam kedudukan Liga Super. — JDT

Ketika ini, JDT tampil berada di tangga teratas dalam Liga Super mendahului Sabah, diikuti Negeri Sembilan FC, Kuala Lumpur (KL) City FC, Kedah Darul Aman (KDA) FC dan tujuh pasukan lain.

Skuad Harimau Selatan itu memperoleh 10 kemenangan daripada 12 perlawanan, selain berjaya mengutip 32 mata.

Sementara itu, Sabah kini berada di tangga kedua, memperoleh sembilan kemenangan daripada 13 perlawanan serta mengumpul 28 mata.

Hanya empat mata sahaja lagi perlu dikumpul oleh Sabah, bagi menyamakan kedudukan dengan skuad kendalian di bawah ketua jurulatih baharu, Hector Bidoglio.

2. Calar rekod JDT, catat sejarah

1183575

Pemain JDT meraikan kejayaan selepas muncul juara Liga Super pada tahun lalu. — Bernama

Difahamkan, sejak Liga Super diwujudkan bermula 2004 sehingga kini, Sabah masih belum berpeluang untuk menjuarai Liga Super.

Mengikut senarai, Pahang menjadi pasukan pertama memenangi liga tersebut pada 2004, diikuti Perlis pada 2005; Negeri Sembilan (2006); Kedah (2007 dan 2008); Selangor (2009 dan 2010), Kelantan (2011 dan 2012); serta Lions XII (2013).

JDT pula mula meluaskan kuasanya dalam Liga Super bermula 2014 hingga 2021.

Selain mengumpul lebih banyak mata, kemenangan Sabah menentang Melaka pada Ahad membuka lebih banyak peluang kepada The Rhinos untuk menjuarai Liga Super, sekali gus memecahkan rekod JDT sebagai juara bertahan dan mencalarkan rekod tanpa kalah Harimau Selatan pada musim ini.

3. Balas dendam, tebus kesalahan

1662241

Tangkap layar video insiden penyokong Sabah membaling botol air ke arah padang serta kawasan teknikal di tepi padang ketika perlawanan menentang JDT.

Selain menebus semula kekalahan, Sabah mungkin lebih peka untuk mengingatkan para penyokong mereka agar lebih terkawal dan tidak mengikut emosi ketika perlawanan sedang diadakan.

Kelakuan penyokong yang tidak sopan di dalam stadium semestinya akan memalukan pasukan itu sendiri, apatah lagi Sabah menjadi tuan rumah dalam perlawanan seterusnya.

Sebelum ini, Sabah FC memohon maaf kepada penyokong dan kelab JDT terhadap tingkah laku buruk peminat bola sepak, yang membaling botol air ke arah padang serta kawasan teknikal di tepi padang dalam pertembungan di Stadium Likas dalam perlawanan 15 Julai lalu.

Pengurus Sabah FC, Ahmad Marzuki Nasir berkata, apa jua yang berlaku ketika permainan di atas padang, tidak boleh dijadikan justifikasi terhadap tingkah laku buruk itu, dan beliau berharap insiden berkenaan tidak akan berulang di masa hadapan.

"Terdapat tindakan-tindakan di luar padang permainan yang Sabah tidak boleh terima. Emosi akan sentiasa memuncak semasa mana-mana perlawanan bola sepak yang kompetitif, tetapi pada masa yang sama perlu ada kawalan yang ditunjukkan semua pihak bagi mejamin keselamatan peminat, pemain dan pegawai.

"Sehubungan itu Sabah juga ingin memohon maaf kepada penyokong JDT yang berkunjung ke Stadium Likas untuk perlawanan itu," katanya kepada Majoriti sebelum ini.

4. Bintang harapan

Melaka perlu waspada pada perlawanan pada Ahad kerana dua pemain The Rhinos dijangka menggegarkan Stadium Likas.

i. Taiki Kagayama

Screenshot 2022-07-30 183140

Kagayama menjaringkan satu gol ketika perlawanan menentang PJ City pada Selasa. — Instagram Taiki Kagayama

Penyerang, Taiki Kagayama boleh membuat kejutan pada bila-bila masa untuk menewaskan Melaka.

Pada Selasa, Sabah menang 2-1 ke atas Petaling Jaya (PJ) City FC, yang mana salah satu gol The Rhinos disumbangkan oleh Kagayama.

Untuk rekod, Kagayama mula bermain secara profesional tiga tahun lalu di Finland dan bermain untuk Ykkonen (divisyen pertama), MuSa dan KPV, sebelum membuat perpindahan besar ke kelab Veikkausliiga (divisyen perdana) Inter Turku pada 2020.

Pada tahun pertamanya, dia membantu Inter Turku menduduki tempat kedua hingga layak ke Liga Europa, dan pada tahun lalu, mereka berakhir di tempat keempat.

Ketika zaman bola sepak remajanya di Jepun, Kagayama adalah sebahagian daripada Akademi JFA Fukushima sebelum berpindah ke Universiti Kansai, mewakili institusi itu dari 2015 hingga 2018.

ii. Baddrol Bakhtiar

The hero of the Red Eagle... Baddrol Bakhtiar scored two goal to help Kedah win the FA Cup after Kedah beat Pahang, 3-2 in the FA Cup final match in Shah Alam, yesterday. MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star.

Baddrol antara pemain harapan buat skuad The Rhinos.

Dunia bola sepak tempatan tidak asing lagi dengan kehadiran Badrrol Bakhthiar, yang juga kapten pasukan The Rhinos.

Sebelum ini, bekas pemain Kedah itu bertekad untuk membawa Sabah mara ke pentas tertinggi setelah kagum melihat banjiran penyokong pasukan itu yang turun memenuhi stadium.

Pemain tengah berpengalaman itu bakal diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan, menjadi penggerak utama dalam perlawanan antara Sabah dan Melaka.

Untuk rekod, Baddrol telah bermain untuk pasukan Kedah Darul Aman FC sejak 2006 dan pernah memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan SEA sebanyak dua kali iaitu pada 2009 dan 2011 bersama skuad Malaysia B-23.

Pada 1 Disember, skuad The Rhinos mengumumkan Baddrol secara rasmi berada dalam senarai pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Super musim depan.

Dalam 12 perlawanan bersama Sabah pada musim ini, Baddrol sudah menjaringkan tiga gol dan empat bantuan, termasuk jaringan cantik ketika menewaskan Penang FC pada Mei lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram