Teka-teki tamat, bukan Sri Pahang atau JDT tapi Kobe pilih kelab England


  • Podium
  • Rabu, 13 Jul 2022

Dua pasukan Liga Super, JDT dan Sri Pahang didakwa berminat mahu mendapatkan khidmat pemain muda berdarah kacukan England dan Malaysia itu.

PEMAIN tengah kelahiran England-Malaysia, Kobe Jae Chong secara rasminya menyertai kelab Divisyen 1 di England, AFC Telford United.

Perkara itu disahkan sendiri menerusi satu ciapan yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya.

Menerusi ciapan tersebut, Kobe mengakui rasa keterujaannya apabila dipilih untuk menyertai kelab divisyen 6 Inggeris itu.

WhatsApp Image 2022-07-13 at 11.50.09 AM

Ciapan yang dimuat naik Kobe Jae berkaitan kelab terbaharunya. — Twitter

Sebelum ini, perancang muda berbakat ini telah berkelana bersama kelab divisyen 1 di England, Peterborough United namun telah tamat kontrak.

Sebelum ini, kecoh di media sosial tempatan apabila pemain berusia 22 tahun itu dikatakan bakal beraksi dalam Liga Super.

Malah, desas desus itu semakin kuat apabila Kobe dilihat telah hadir ke Malaysia dan menginap di sebuah hotel di Pahang.

Malah, pada Mei lalu juga, Presiden Pahang Rangers, Tengku Arif Temenggong Tengku Fahd Mua'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah telah berjumpa dengan pemain itu dan sempat bergambar di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang.

1607351

Kobe Jae bersama kelab lamanya, Peterborough United.

Kemudian, timbul pula khabar angin yang mengatakan kelab Johor Darul Takzim (JDT) bakal menandatangani Kobe pada jendela perpindahan kedua yang lalu.

Namun difahamkan, ketika desas desus perpindahannya ke Liga Super menjadi bualan, Kobe didakwa sudah menyatakan yang dia belum berminat untuk beraksi bersama kelab tempatan.

Malah, kehadirannya ke Malaysia ketika itu juga adalah atas urusan dokumentasi untuk menyertai skuad bola sepak negara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram