MENURUT Kementerian Pertanian dan Perikanan negeri Sabah, bekalan telur ayam di negeri itu masih kekal stabil dan mencukupi.
Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, kementeriannya melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) baru-baru ini memantau operasi ternakan ayam di Kota Kinabalu, Sabah khususnya yang mengeluarkan telur.