Penyokong The Rhinos tak minta lebih, dapat seri dengan JDT macam MU pun dah cukup


  • Podium
  • Sabtu, 09 Jul 2022

Sabah FC kini mengumpul 22 mata, satu mata di belakang JDT selaku peneraju Liga Super. — Facebook/ Sabah Supporters Club

PARA penyokong tegar bola sepak tanah air kedua-dua pasukan sudah pasti tidak sabar menyaksikan perlawanan sengit antara Sabah FC dan Johor Darul Takzim (JDT) yang dijadual berlangsung pada 15 Julai depan.

Justeru, tiket perlawanan aksi Liga Super yang bakal diadakan di Stadium Likas, dekat Kota Kinabalu, Sabah itu mula dijual secara dalam talian pada Jumaat.

Memetik laporan media tempatan, tiada jumlah ditetapkan bagi jualan tiket secara dalam talian itu, namun dianggarkan lebih 20,000 penonton dijangka hadir menyaksikan perlawanan berkenaan, termasuk mereka yang membeli tiket secara fizikal yang akan dijual di Stadium Likas pada 14 Julai ini.

Perlawanan yang dijadual bermula pukul 8.15 malam itu bakal menjadi penentu sama ada Sabah FC mampu menewaskan JDT, bagi menamatkan rekod tanpa kalah pasukan itu atau sebaliknya.

Kedua-dua pasukan kini bersaing di dua tangga teratas Liga Super dengan JDT mendahului satu mata selepas mengumpul 23 mata, manakala Sabah FC mengumpul 22 mata.

template - 2022-07-08T161220.190

Tangkap layar komen penyokong Sabah tentang perlawanan menentang JDT.

Tampil menyatakan harapannya dalam perlawanan itu, seorang penyokong Sabah FC, Tandod Rangis berkata, pertemuan pasukan itu menentang JDT adalah bagi menentukan sejauh mana kemampuan Sabah dalam saingan Liga Super.

291430650_2329423437220942_5285803033745018339_n (1)

JDT sekadar seri 1-1 ketika menentang Melaka baru-baru ini. — Facebook/JDT

Selain itu, dia berharap supaya Sabah FC dapat mencontohi pasukan Melaka United FC untuk berkongsi mata atau mendapat keputusan seri.

"Walaupun Melaka di tangga tercorot tetapi mampu mencuri satu mata daripada JDT.

"Harap Sabah dapat keputusan terbaik. Harap jangan dapat pengadil seperti lawan Negeri Sembilan. Go Sabah go," katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Selain itu, Wazawadie Wahid menulis: "Tidak minta banyak. Seri pun syukur dah. Tapi kalau menang, tidur pun senyum-senyum nanti rakyat Sabah ni. Go Rhino."

template - 2022-07-08T161324.549

Penyokong JDT mengakui Sabah FC merupakan pencabar nombor satu ketika ini.

Sementara itu, seorang penyokong JDT, Nur Zahra mengakui bahawa Sabah FC merupakan pencabar nombor satu dan terkuat buat JDT setakat ini.

Oleh itu, katanya, perlawanan tersebut pasti sangat penting untuk cuba dimenangi oleh kedua-dua pasukan bagi mengukuhkan kedudukan liga.

"Confirm stadium full house. Macam final.

"Sedikit kelebihan buat Sabah yang akan beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong mereka sendiri yang akan menggegarkan stadium," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram