Penang, Sabah tunggu akal Mora tempuh ranjau 4 'away game' JDT


  • Podium
  • Rabu, 06 Jul 2022

Arif Aiman (kanan) perlu digantikan oleh Sumareh ketika perlawanan menentang Penang FC pada 20 Julai ini. — Facebook/JDT

JADUAL padat Johor Darul Takzim (JDT) untuk menghadapi beberapa perlawanan dalam persaingan Liga Malaysia (Liga M) pada bulan ini, mungkin akan meletihkan pemain-pemain skuad tersebut.

Masakan tidak, perkara itu akan menjadi lebih teruk jika pemain sama ditampilkan dalam keempat-empat perlawanan.

Difahamkan, jarak tarikh bagi jadual perlawanan skuad tersebut dilihat tidak begitu jauh.

Pada 15 Julai ini, Harimau Selatan bakal bertemu Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah untuk saingan Liga Super.

Ia merupakan perlawanan getir memandangkan hanya satu mata memisahkan kedua-dua pasukan walaupun JDT mempunyai kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Kemudian, pada 20 Julai, JDT dijadualkan bertemu Penang FC di Stadium Bandaraya, di George Town, Pulau Pinang.

290830785_2329423467220939_1268986310216652550_n

Antara babak perlawanan JDT ketika menentang Melaka baru-baru ini. — Facebook/JDT

Pada 23 Julai, skuad itu akan menentang Melaka United FC di Stadium Hang Jebat bagi saingan suku akhir Piala FA sebelum bertemu Sarawak United di Kuching, Sarawak pada 27 Julai.

Justeru, skuad utama JDT disarankan untuk berehat seketika bagi memberi peluang kepada skuad kedua, ketika perlawanan menentang Penang FC.

Hal ini kerana skuad utama dipercayai akan membuat penampilan lebih baik ketika menentang Melaka.

Johor Cyber Community menerusi hantaran di laman Facebook berkata, ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora perlu percaya bahawa skuad kedua mampu tewaskan Penang.

"Kalau lanyak pemain sama semua perlawanan, pemain akan keletihan.

"Taktikal parking bus dan zonal marking boleh dipecahkan dengan bermain high intensity dan high pressing.

"Tetapi pemain perlu rehat yang cukup untuk melaksanakannya dengan sukses (berjaya)," katanya.

Berikut merupakan senarai tonggak utama JDT yang disaran untuk direhatkan ketika bertemu Penang FC.

1626690

Daniel Ting disaran menggantikan Corbin Ong dalam perlawanan menentang Penang FC pada 20 Julai ini. — Agensi

Daniel Ting, Syahmi Safari, Carli De Murga yang berada di posisi pertahanan masing-masing perlu menggantikan Corbin Ong, Matt Davies dan Shane Lowry.

Selain itu, pemain tengah, Syameer Kutty perlu menggantikan Afiq Fazail.

JDT’s Syafiq Ahmad celebrate after score against Kedah in the Malaysia Cup final match at National Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. FAIHAN GHANI/The Star.

Syafiq Ahmad merupakan pemain yang dicadang menggantikan Nazmi Faiz.

Malah, penyerang, Syafiq Ahmad perlu menggantikan Nazmi Faiz.

Pada masa sama, pemain sayap, Akhyar Rashid dan Mohamadou Sumareh masing-masing disaran menggantikan Fernando Forestieri dan Arif Aiman. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram