PEMAIN naturalisasi negara, Liridon Krasniqi berkemungkinan bakal membuat penampilan kembali dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan setelah kontraknya bersama Odisha FC tamat pada 30 Jun 2022.
Pemain berusia 30 tahun itu memberi bayangan tiga destinasi kelab berdasarkan klu emoji hati berwarna kuning dan merah selain tanda soal hingga menjadi persoalan dalam kalangan peminat mengenai pasukan yang mungkin disertai Liridon.
Ada penyokong merasakan Liridon mungkin akan kembali ke Kedah. Liridon yang popular dengan gelaran Mat Don dalam kalangan penyokong Hijau Kuning pernah beraksi dengan skuad itu pada 2015 hingga 2018.
Jika Liridon kembali bersama Kedah, pemain itu dikatakan boleh cover Mahmoud Al-Mardi untuk pair bersama pemain Thailand, Sanrawat Dechmitr. Ini kerana ada peminat merasakan Al-Mardi merupakan jelmaan Liridon kerana kelincahan mereka di atas padang hampir sama. Liridon boleh 'menang bola' dan dalam masa sama mampu mencipta ruang untuk serangan.
Begitukan ada penyokong melihat pairing Liridon dan Sanrawat sebagai bala kepada pasukan kerana kedua-dua bermain dengan rentak hampir sama. Ini kerana dua pemain tersebut dilihat suka pemain lain di sekeliling sentiasa bergerak mencipta ruang bagi memberi mereka lebih banyak opsyen melakukan hantaran.
Ada penyokong merasakan Liridon mungkin akan kembali ke Kedah. — Facebook
Satu kekurangan kepada Liridon juga jika dia tidak diturunkan kerana skuad Sang Kenari kini menghadapi saingan kejohanan Liga Juara-Juara AFC 2023 yang mungkin menyaksikan khidmat Al-Mardi lebih ditagih memandangkan pemain itu lebih agresif selain memiliki skil penyudah yang lebih tajam.
Sementara itu, jika ke Negeri Sembilan FC, Liridon mungkin boleh mengisi kekosongan pemain tengah import mereka selepas kecederaan yang menimpa David Mawutor. Kecederaan yang menimpa pemain dari Ghana itu merencatkan sedikit posisi tengah pasukan.
Ditambah dengan kualiti yang sedikit terbatas daripada Omid Nazari, Negeri Sembilan lebih mengharapkan Yashir Pinto untuk menggerakkan serangan dari sudut kreativititi.
Liridon yang dianggap sentiasa terlibat dengan setiap pergerakan bola dalam semua fasa tidak kira ketika menyerang ataupun bertahan, merupakan switch utama dalam fasa pertukaran transisi daripada bertahan kepada menyerang. Dengan kehadiran Liridon, pemain dari Kosovo itu mungkin mampu mencipta sesuatu untuk skuad The Jangs.
Dalam pada itu, Liridon mungkin kembali semula ke pangkuan skuad Johor Darul Takzim (JDT) dan dirasakan sesuai menggantikan Natxo Insa. Terkenal dengan gelaran ‘Raja Gelecek’ Liga Super India (ISL) untuk musim 2021/22, Liridon memiliki stamina yang hampir sama dengan Natxo.
Liridon memiliki stamina yang hampir sama dengan Natxo ketika bermain di JDT. — Facebook
Kedua-duanya memiliki mobiliti yang tinggi dan kesanggupan untuk sentiasa terlibat dalam setiap pergerakan.
Begitupun berbeza dengan Natxo, Liridon mungkin berdepan sedikit masalah untuk mencari persefahaman dalam pasukan memandangkan dia jarang diturunkan.
Untuk rekod, Liridon menyertai Odisha FC secara pinjaman dari JDT pada bulan Ogos 2021 dan membuat penampilan sulung pada 24 November 2021 ketika menentang Bengaluru sekali gus mencipta sejarah sebagai pemain Malaysia yang pertama beraksi di ISL.
Berdasarkan statistik yang dikongsi oleh ISL pada 24 Februari lalu, pemain naturalisasi itu memiliki purata 91.67 peratus kejayaan melepasi lawan hasil skil individunya itu.
Pemain yang turut digelar ‘The General’ di kalangan pengikut ISL itu melakukan 16 penampilan secara keseluruhan untuk kelab yang berpengkalan di Bhubaneswar sepanjang musim lepas. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram