‘Pemain terbaik lawan Selangor’ — Ramai puji ‘team’ fisio MU dapat pulih hamstring Ifedayo dalam masa 5 hari


  • Podium
  • Rabu, 06 Jul 2022

Antara aksi Ifedayo sewaktu menentang bekas pasukannya, Selangor FC. — Facebook Melaka United

HASIL dua jaringan Ifedayo Olusugen berjaya membantu Melaka United mengutip tiga mata berharga selepas menewaskan Selangor FC 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Melaka, Selasa.

Susulan dua gol klinikal dari Ifedayo itu turut berhasil menjadikannya sebagai sebagai Pemain Terbaik Perlawanan (MOTM) pada perlawanan menentang Gergasi Merah.

“Perlawanan menentang bekas kelab beliau serba menjadi kali ini dengan dua gol klinikal yang menarik.

“Ifedayo turut dilihat bijak mencari ruang dalam membuat larian yang seringkali memberi ancaman kepada 'Skuad The Red Giant,” jelas Melaka United menerusi laman rasmi Facebook.

MOTM

Ifedayo dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan selepas kejayaannya menyumbang dua gol. — Facebook Melaka United

Aksi cemerlang Ifedayo menjaringkan dua gol ke atas bekas pasukannya itu mengagumkan ramai penyokong kerana sebelum ini dilaporkan dia mengalami kecederaan harmstring sehingga tidak dapat diturunkan ketika perlawanan berdepan Johor Darul Takzim (JDT).

Kebanyakan penyokong memberi pujian menggunung kepada pasukan pasukan perubatan dan fisioterapi Melaka United kerana berjaya memulihkan kecederaan harmstring pemain dari Nigeria itu dalam tempoh lima hari sahaja.

Kebiasaannya kecederaan harmstring yang dialami seorang pemain akan mengambil masa dua minggu untuk pulih sepenuhnya namun kecekapan pasukan perubatan skuad Hang Tuah berjaya menyembuhkan Ifedayo kurang daripada tempoh itu.

“Sepatutnya pasukan fisio Melaka ini dah boleh ikut pasukan EPL..bukan biasa-biasa pulihkan hamstring dalam masa 5 hari,” kata Mohamad Fadzil.

Sepatutnya hari itu bagi alasan dayo (Ifedayo) demam..logik la sikit...semalam dah sembuh demam. Lawan piala FA ni bagi alasan demam,” ujar penyokong, Wan Azrizal.

Melaka mendonia. Bukan-bukan pasukan perubatan mereka. Pasukan lain sila berguru dengan Melaka. Tiadalah masa dapat call up, cedera ke apa,” kata Mohamad Firdaus Alias..

Susulan dua jaringan dari Ifedayo pada perlawanan tersebut, pemain berusia 31 tahun itu berjaya merekodkan empat gol setakat musim ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram