KEDUDUKAN Ketua Jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner nampaknya semakin goyah dengan kekalahan 0-2 ke atas Melaka United, dalam perlawanan pada Selasa.
Selangor FC nampaknya masih buntu mencari kemenangan dalam tiga perlawanan sebelum ini dan perkara ini membuatkan rata-rata penyokong berang.
Ramai yang mahukan Feichtenbeiner digantikan dengan coach lain, malahan ada khabar angin yang mengatakan kedudukan ketua jurulatih dari Jerman itu akan dinilai menerusi perlawanan menentang Kuala Lumpur City FC dalam saingan Piala FA pada Jumaat depan.
Seorang warganet, Ismael Wong berkata, Selangor telah membuat mesyuarat tergempar selepas kekalahan dengan Melaka United dan pengurusan didakwa dalam perancangan mahu memecat Feichtenbeiner.
Tangkap layar mengenai dakwaan kedudukan Michael Feichtenbeiner yang kini semakin goyah. — Twitter
"Namun, pengurusan memberikan satu peluang terakhir buatnya dalam perlawanan menentang KL City pada Jumaat. Jika Selangor tersingkir dari Piala FA, maka dia juga akan disingkirkan," katanya.
Sekiranya Feichtenbeiner benar-benar akan disingkirkan, ini adalah tiga individu yang boleh menggantikan tempatnya.
Nidzam Jamil kini menjadi Pembantu Jurulatih Selangor FC. — Facebook/Felda United
Nidzam Jamil
Bekas pemain kebangsaan, Nidzam Jamil kini memang bersama dengan Selangor FC sebagai pembantu jurulatih.
Sebagai antara individu yang rapat dengan ketua jurulatih, sememangnya Nidzam tentunya memahami kelebihan dan kekurangan pasukan serta strategi yang terbaik untuk mencari mata kemenangan.
Pengalaman yang dimiliki oleh Nidzam juga sudah terbukti apabila namanya dipilih untuk menjadi Penolong Jurulatih Harimau Malaya.
Namun, dia terpaksa menolak kerana menghormati kontraknya bersama Selangor FC.
Cheng Hoe mempunyai rekod yang cemerlang sebagai Ketua Jurulatih. — Agensi
Tan Cheng Hoe
Semestinya ramai yang mahukan Tan Cheng Hoe untuk mengemudi pasukan mereka apatah lagi bekas pengendali Harimau Malaya ini sudah hampir tiga bulan berehat daripada kancah bola sepak tempatan.
Rekod Cheng Hoe sebelum ini bersama Kedah Darul Aman FC (KDA FC) hingga daripada Liga Premier naik ke Liga Super hingga bergelar juara Piala Malaysia pada 2016 sudah cukup membuktikan kemampuannya.
Apatah lagi Cheng Hoe mempunyai pengalaman yang cukup banyak dalam liga tempatan sekaligus memudahkannya untuk memilih pemain tempatan dan import yang sesuai untuk beraksi bersama Selangor FC.
Ramai pemain import yang berkualiti adalah hasil pilihan Dollah Salleh. — Agensi
Dollah Salleh
Nama Dollah Salleh kembali menjadi sebutan untuk pasukan Sri Pahang FC selepas Ketua Jurulatih pasukan itu, Christophe Gamel dilihat gagal menjalankan tugasnya.
Pernah bersama Sri Pahang dan kini khidmatnya ditagih semula membuktikan Dollah mempunyai kelayakan yang cukup untuk membimbing Selangor FC juga.
Selangor FC buat masa ini dilihat gagal mencari pemain import yang sesuai dan Dollah pula sudah membuktikan kemampuannya dalam memilih pemain.
Antara pemain import terbaik yang pernah dipilihnya adalah Matheus Alves, Saddil Ramdani, Herold Goulon, serta beberapa nama lagi berjaya memberi impak dalam pasukan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram