Penagih direman 7 hari lepas tikam ibu kandung di Melaka


  • 112
  • Rabu, 06 Jul 2022

Suspek (dua dari kiri) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Melaka di sini pada Rabu. — Sinar Harian

SEORANG penganggur direman tujuh hari bermula Rabu sehingga Selasa depan selepas didakwa menikam ibu kandungnya dalam satu kejadian di Kampung Paya Luboh, Tanjung Kling, Melaka, Selasa.

Tempoh reman sehingga 12 Julai terhadap suspek berusia 38 tahun itu dikeluarkan Majistret Mazana Sinin.

Perintah reman terhadap lelaki itu dikeluarkan bagi membolehkan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pada Selasa, Majoriti melaporkan gara-gara mendengar 'bisikan', seorang penganggur tergamak menikam ibu kandungnya sendiri.

Malah, menurut jiran keluarga itu, suspek juga merupakan seorang penagih namun tidak pernah menunjukkan tanda-tanda bersikap berang.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah dipetik sebagai berkata, mangsa yang merupakan pesara guru, Rozizah Md Dom, 63, maut di tempat kejadian selepas ditikam di bahagian kiri dan kanan lehernya oleh suspek menggunakan pisau pemotong sayur dalam kejadian kira-kira 3.05 petang. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

polis, bunuh, reman, penganggur, ibu kandung