Buang masa hantar ke luar negara cari pengganti Akmal Rizal, peminat anggap JDT bertaraf 'Eropah'


  • Podium
  • Jumaat, 01 Jul 2022

JDT dianggap sebagai 'pasukan' Eropah di mata penyokong.

MENEMPATKAN diri dalam Liga Eropah seperti kejayaan yang pernah dikecapi oleh legenda bola sepak Malaysia, Akmal Rizal Ahmad Rakhli suatu masa dahulu mungkin sukar untuk direalisasikan oleh segelintir pemain sekarang.

Namun, jika berbekalkan usaha dan kesungguhan, tentu Malaysia mampu mendabik dada berada dalam kelompak negara Asia Tenggara yang memiliki pemain dalam Liga Eropah.

Perkara itu menjadi perbincangan penyokong sukan bola sepak tempatan yang turut dahagakan barisan pemain cemerlang di peringkat antarabangsa.

"Masa Akmal Rizal baru balik dari Eropah, permainan yang ditonjolkan beliau jauh berbeza dengan corak permainan tempatan. Boleh dikatakan seperti kelas atasan dan disiplin tinggi. Berbeza dengan pemain sekarang yang pergi ke Eropah, apabila pulang tetap sama tiada perubahan. Sebagai contoh Arif Aiman yang corak permainan lebih baik daripada Luqman Hakim," kata Guy Laroche.

Luqman ketika ini beraksi untuk kelab Eropah, KV Kortrijk tetapi peminat melihat pemergian ke kelab Belgium itu sebagai sia-sia kerana dia belum diberi peluang untuk bermain bersama kelab itu secara kompetitif selepas hampir dua tahun berhijrah dari Selangor FC.

Malah aksinya bersama Harimau Muda pada kejohanan Piala Suzuki AFF Bawah 23 Tahun baru-baru ini juga menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat yang mahu pemain berusia 20 tahun itu kembali ke Malaysia untuk mendapatkan lebih banyak minit permainan bersama kelab tempatan.

Ada juga berpendapat agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggunakan visi yang pernah dilakukan bekas pengurus Kedah dan Harimau Malaya, Allahyarham Datuk Ahmad Basri Mohd Akil menggilap bakat anak tempatan sehingga ke taraf yang lebih tinggi.

"FAM perlu belajar bagaimana untuk membimbing anak-anak jati seperti mana dibuat oleh Kedah sejak zaman Datuk Ahmad Basri," ujar ChePah Dadih.

bola111

AKMAL122

Tangkap layar sebahagian komen penyokong di Facebook.

Mengambil kira kualiti Liga Super yang kian meningkat ketika ini, ada peminat berpendapat pasukan Johor Darul Takzim (JDT) sudah setaraf Eropah dan mampu mengembangkan bakat-bakat muda tempatan.

"JDT sendiri sudah Eropah, tidak perlu lagi kita ke luar negara," kata Tanjung Tokong.

Mengharapkan bulan jatuh ke riba, ada juga yang meletakkan harapan agar negara lebih memberi fokus untuk melahirkan berkualiti untuk tanah air berbanding berkhidmat di luar negara.

akmal rizal222

Penyokong mengharapkan agar pemain tempatan fokus kepada liga tempatan. — Facebook

"Sudahlah kempen suruh pemain Malaysia ke luar. Dari fizikal, pemain kita sudah kalah. Tengok Luqman, Hadi fayyadh dan Safawi, tidak ke mana pun. Makin jatuh prestasi mereka.

"Disebabkan tidak mampu untuk bersaing dengan pemain luar. Jika kita hantar pemain luar dari sekolah rendah, amalkan pemakanan dan belajar teknik betul, baru kita boleh meningkat prestasi. Akmal Rizal dulu juga dihantar ketika usianya belasan tahun," kata Hazwan Sahar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram