Penyokong Indonesia 'mengamuk', dakwa Jordi jadi projek JDT


  • Podium
  • Rabu, 29 Jun 2022

JDT berkemungkinan mendaftarkan Jordi Amat untuk slot pemain import Asean. — Agensi

PERPINDAHAN Jordi Amat ke Johor Darul Takzim (JDT) jelas membuatkan ramai penyokong Indonesia marah, dan kemarahan itu diluahkan oleh mereka di media sosial.

Rata-rata mereka tidak bersetuju dengan keputusan calon pemain naturalisasi skuad Garuda itu untuk beraksi di Liga Malaysia (Liga M).

Malah ada yang beranggapan projek naturalisasi Jordi Amat bukan projek Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI), tetapi sebaliknya adalah projek JDT.

JDT mengumumkan bahawa Jordi Amat akan beraksi di Liga Super Malaysia selepas kontrak pemain itu bersama kelab Belgium, KAS Eupen tamat pada akhir musim lalu.

Penyokong Indonesia pula berpendapat karier Jordi Amat akan merosot jika bermain di Malaysia setelah berpangkalan di Eropah sejak sekian lama.

Dan kerana itu kebanyakkan daripada mereka mahukan Jordi Amat untuk kekal di Eropah, agar ita tidak menjejaskan prestasi pemain itu ketika bersama skuad kebangsaan Indonesia.

Jordi Amat stop

Penyokong Indonesia tidak bersetuju jika Jordi Amat memilih untuk mewakili pasukan JDT. Agensi

Penyokong protes

Kerana pilihan Jordi Amat ke JDT, ramai yang meminta agar PSSI membatalkan sahaja proses naturalisasi Jordi Amat.

Jordi Amat dianggap hanya akan memanfaatkan pasport Indonesia untuk bermain dengan kelab kaya raya Malaysia itu.

Anggota Eksekutif (Exco) PSSI, Hasani Abdulgani bagaimana pun berkata, pihaknya tidak dapat memenuhi tuntutan netizen untuk menghentikan proses naturalisasi Jordi Amat, kecuali jika ia diminta oleh Ketua Jurulatih, Shin Tae-yong.

PSSI

PSSI akan memberhentikan proses naturalisasi Jordi Amat jika Shin Tae-yong mengarahkannya. Agensi

Penjelasan PSSI

Buat masa ini PSSI sedang menguruskan proses naturalisasi Jordi Amat bersama dua lagi pemain berpangkalan di Eropah, Sandy Walsh dan Shayne Pattynama.

Menurut PSSI sebelum ini proses naturalisasi Jordi Amat dan Sandy Walsh hampir selesai.

Kedua-dua pemain malah dipercayai akan dibenarkan beraksi bersama skuad kebangsaan Indonesia pada jendela perlawanan antarabangsa FIFA pada September nanti.

“Kami mengurus naturalisasi itu karena ada permintaan dari coach Shin Tae-yong,” kata Hasani ketika dihubungi Bola.com pada Selasa.

“Jadi, kalau coach Shin Tae-yong kata tidak perlu [Jordi Amat] dan harus diberhentikan (proses naturalisasi), (maka) kami berhentikan proses Jordi Amat.”

“Tapi, sampai hari ini, Shin Tae-yong tidak mengadu tentang masalah itu. Jadi kalau penyokong tidak bersetuju (Jordi Amat ke JDT), saya tidak berhak ikut campur kerana itu hak penyokong,” jelasnya.

“Saya tidak mahu menyangkal peminat. Itu hak mereka. Tapi, kalau konteksnya mereka minta naturalisasi Jordi Amat dihentikan, yang boleh menghentikannya kalau ada permintaan dari Shin Tae-yong,” kata Hasani.

“Jika penyokong minta tangguh atau hentikan naturalisasi Jordi Amat, saya tidak boleh. Saya bergerak berdasarkan permintaan dari jurulatih,” tambahnya lagi.

Jordi-Amat-800x450

Jordi Amat akan menjadi pemain baharu bagi skuad kebangsaan Indonesia. Agensi

JDT tunggu Pasport Indonesia Jordi Amat

Sementara itu, JDT masih menunggu kerajaan Indonesia untuk memberikan pasport kepada Jordi Amat.

JDT berkemungkinan mendaftarkan Jordi Amat untuk slot pemain import ASEAN selepas slot pemain Asia diisi oleh Shayne Lowry yang berasal dari Australia.

Sementara tiga pemain import Harimau Selatan kini sudah pun diisi oleh Leandro Velazquez (Argentina), Bergson da Silva (Brasil), dan Fernando Forestieri yang memiliki pasport Itali.

“Kami masih menunggu PSSI untuk memberikan pasport Indonesia kepada Jordi Amat,” kata TMJ dalam sesi soal jawab dan perjumpaan bersama media baru-baru ini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram