'Give me 10!,' pemain bek tengah skuad Garuda sokong Jordi


  • Podium
  • Khamis, 30 Jun 2022

Jordi menyertai JDT kerana mahu bersaing di peringkat tertinggi bola sepak Asia. — Agensi

PERTAHANAN skuad kebangsaan Indonesia, Elkan Baggott memberi reaksi selepas Jordi Amat mendedahkan alasannya menyertai kelab Malaysia Johor Darul Takzim (JDT).

JDT secara rasmi mengumumkan Jordi Amat sebagai pemain baharu skuad Harimau Selatan, pada Rabu (29 Jun 2022). Perpindahan bekas pemain kelab Belgium, KAS Eupen ke JDT membuatkan ramai penyokong Indonesia berang.

Ada yang mengatakan JDT sengaja mengambil kesempatan ke atas status naturalisasi Jordi Amat untuk memenuhi kuota pemain Asia.

Tidak kurang yang berpendapat Jordi Amat berpindah hanya kerana wang, memandangkan JDT merupakan antara kelab elit di Malaysia malah di Asia Tenggara.

Menyedari keputusannya itu mencetuskan perpalahan terutama dalam peminat pasukan kebangsaan Indonesia, Jordi Amat menerusi laman sosial peribadinya, mendedahkan sebab beliau menyertai JDT.

730x480-img-64053-klarifikasi-jordi-amat-resmi-gabung-johor-darul-takzim-jdt

Tangkap layar penjelasan Jordi berhubung penghijrahanya ke JDT dan reaksi Elkan terhadap status tersebut. — Instagram

Jordi Amat menafikan dia mahu mendapatkan pasport Indonesia untuk bermain di JDT. Beliau turut menegaskan perpindahannya bukan kerana gaji lumayan, sebaliknya mahu menyesuaikan diri dengan Liga Asia.

“Saya menyertai JDT bukan semata-mata kerana wang, sebab saya menyertai Johor adalah berdasarkan usaha saya untuk menyesuaikan diri dengan Asia dan lebih dekat dengan Indonesia.

"Ia membolehkan saya untuk terus bersaing di peringkat tertinggi bola sepak Asia kerana JDT bersaing dalam ACL, Liga Juara-Juara Asia,” katanya.

Bagi Jordi, JDT adalah kelab yang mempunyai kemudahan bagi menyokong kemahiran bola sepaknya selain mengakui perpindahannya selepas mendengar cadangan daripada beberapa pihak.

"Saya harap semua rakan menghormati keputusan saya meninggalkan Eropah, keluarga dan rakan-rakan. Saya fikir saya telah melakukan perkara yang betul untuk perjalanan baru bola sepak dalam hidup saya," katanya.

7f2d8074306287c561e6397ea4423c016b8ee0f4e6bb1faf34043a284a1fa565

Elkan antara bekas rakan sepasukan yang tampil memberi sokongan terhadap keputusan Jordi Amat menyertai JDT. — Agensi

Penjelasan daripada Jordi Amat itu sekali lagi mendapat respons yang berbeza-beza daripada orang ramai. Bagaimanapun, rakan-rakan sepasukan rata-rata berpihak kepadanya.

Salah seorangnya ialah Elkan Baggott yang tampil memberi sokongan terhadap keputusan Jordi Amat menyertai JDT, demikian menurut portal Bola Times pada Khamis.

Dia hanya meninggalkan emoji dua tangan diangkat ke atas (raising both hands) yang menzahirkan maksud double High 5 atau Give me 10! yang pada masa sama membawa maksud bangga dan sangat bersetuju.

Pemain berusia 19 tahun itu juga menyelitkan simbol hati di ruangan komen status Instagram Jordi Amat.

Pada Rabu, pemain sayap Indonesia yang turut bermain dengan Sabah FC, Saddil Ramdani menyifatkan perpindahan pemain Jordi Amat ke JDT sebagai satu keputusan yang baik buat karier pemain itu memandangkan ia merupakan kelab terbesar di Asia Tenggara.

“Kita tahu JDT adalah pasukan terbesar di Asean dengan kualiti yang sangat baik jadi ia pastinya keputusan terbaik buat dirinya.

"Saya yakin semua pasukan juga mahu mencontohi JDT dan berharap dapat menjadi seperti mereka pada masa hadapan," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram